Bahagian Pengurusan Wilayah MADA diwujudkan selepas penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada 16 Mac 2007. Bahagian ini berperanan menyelaras semua urusan pengurusan dan pentadbiran bagi 4 Wilayah MADA dan 27 buah Lokaliti (Kompleks Geraktani). Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras, menyelia dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan berkaitan industri tanaman padi dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan asas, projek bukan padi dan industri asas tani serta pembangunan institusi peladang.
VISI
Menjadi agen pelaksana pembangunan industri padi serta menjadi penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di peringkat Wilayah.
MISI
Melaksanakan program transformasi industri padi ke tahap yang moden, cekap, mapan dan kompetitif di peringkat Wilayah.
Mengendalikan Sistem Pengurusan Air yang efisien dan proaktif serta menerapkan nilai pengurusan air yang sempurna kepada pegawai dan peladang.
Berusaha memaksimakan pendapatan peladang melalu pelbagai sumber.
Membangunkan institusi peladang sebagai entiti yang berdaya maju.
OBJEKTIF
Meningkatkan hasil pengeluaran padi ke arah melebihi 7.5 mt sehektar semusim di peringkat bagi semua projek estet/Projek 10 tan melalui amalan pengurusan air dan pengurusan ladang yang sempurna.
Melaksanakan kawasan projek 10 tan/estet padi melebihi 65 % daripada keluasan setiap lokaliti (2010).
Pengurusan pengairan dan saliran yang lebih berkesan mengikut keperluan semasa tanaman padi.
Meningkatkan pendapatan keluarga tani melalui aktiviti pelbagai ekonomi bukan padi dan industri asas tani.
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
Mengurus, menyelia dan melaksanakan perkhidmatan pengembangan pengairan dan pertanian di peringkat lokaliti bagi menjaminkan penanaman padi dua kali setahun.
Mengendalikan sistem pengairan dan saliran bagi menjayakan penanaman padi dua kali setahun.
Melaksana semua aktiviti pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran.
Melaksanakan program memodenkan sistem perladangan dan peningkatan hasil padi.
Melaksanakan projek pelbagai aktiviti ekonomi bagi menambah pendapatan peladang dan pembangunan usahawan.
Membangun dan memajukan institusi peladang.
Memajukan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.
Pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Mengurus urusan pentadbiran am dan kewangan Wilayah.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji:
Memastikan bekalan air yang mencukupi serta pengagihan yang saksama mengikut jadual tanaman padi.
Memastikan masalah kecemasan berkaitan dengan pengairan / saliran diambil tindakan segera.
Memastikan setiap permohonan / rayuan / sungutan akan disiasat dan dimaklumbalas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Memastikan segala infrastruktur pengairan / saliran sentiasa berfungsi dan sempurna.
Mengujudkan kumpulan peladang yang menanam padi secara komersial.
Memastikan peladang mendapat bekalan input pertanian pada masa yang diperlukan.
Memastikan usahawantani mendapat bimbingan yang sesuai dengan teknologi terkini.
Memastikan program transformasi pertanian berkesan kepada golongan sasar.