BAHAGIAN PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
LATAR BELAKANG
Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat merupakan satu daripada 9 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan perancangan, penyelarasan dan pemantauan program dan projek MADA, melaksanakan kajian-kajian serta pembangunan Teknologi Maklumat. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA.
Bahagian ini terdiri daripada dua cawangan iaitu:
| Cawangan Perancangan |
| Cawangan Teknologi Maklumat |
VISI
Peneraju perancangan, penyelarasan dan pemantauan terbaik secara efektif serta agen Pembangunan Teknologi Maklumat.
MISI
| Menerajui perancangan program dan projek untuk mencapai visi MADA. |
| Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek MADA. |
| Menilai pencapaian dan keberkesanan program dan projek MADA. |
| Membangun dan memajukan inovasi teknologi untuk golongan sasar. |
| Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi serta bukan padi. |
| Merancang pembangunan ICT, khidmat nasihat dan pemantauan sistem. |
OBJEKTIF
| Memastikan projek dirancang dengan lebih tersusun dan praktikal. |
| Menjalankan kajian-kajian untuk menilai keberkesanan program. |
| Mengenalpasti dan mentransformasi teknologi terkini kepada golongan sasar. |
| Memastikan pembangunan dan pelaksanaan ICT yang menyeluruh dan terkini. |
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
Cawangan Perancangan
| Menerajui perancangan projek-projek Rancangan Malaysia. |
| Menerajui pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia. |
| Menerajui pemantauan projek-projek Rancangan Malaysia. |
| Menyelaras maklumbalas/jawapan Parlimen, Dewan Negeri, Mesyuarat Post Kabinet, Mesyuarat Pengurusan, Kertas Kabinet, Nota Memorandum, Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain. |
| Membangun dan memajukan inovasi teknologi untuk golongan sasar. |
| Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi dan bukan padi. |
| Merancang, Menyelaras dan Memantau Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). |
| Melaksanakan kajian sosio-ekonomi printis dan lain-lain kajian yang di arah dari masa ke masa. |
| Mewujudkan perhubungan dengan agensi luar dalam negeri dan antarabangsa untuk menyalur informasi bagi memajukan punca ekonomi yang boleh dikomersialkan. |
Cawangan Teknologi Maklumat
| Merancang dan melaksanakan pembangunan ICT untuk mewujudkan budaya berteknologi maklumat. |
| Menjalankan operasi dan penyenggaraan ICT dengan lancar. |
| Memberi khidmat nasihat teknikal serta menjalankan kajian kemungkinan (feasibility study) kemudahan ICT terkini. |
| Membangun, menyenggara, melaksana dan memantau operasi sistem aplikasi. |
| Membangun serta mengemaskini Pangkalan Data dan Laman Web (Homepage & Intranet). |
| Menyelaras dan memantau Aplikasi Projek Kerajaan Elektronik (EG). |
Seksyen Pentadbiran Am
| Mengurus urusan pentadbiran am, kewangan dan operasi bahagian. |
| Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif. |
| Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters. |
PIAGAM PELANGGAN
Cawangan Perancangan
| Melaksana program-program yang bersesuaian bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat dalam Kawasan Muda. |
| Mengumpul, menyelaras dan menyediakan perangkaan dan data MADA yang tepat dan memenuhi kehendak pengguna dalaman dan luaran MADA. |
| Melaksanakan kajian secara tetap atau “ad-hoc” dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
| Menyediakan semua maklumbalas Minit Mesyuarat Post-Kabinet, Pengurusan Kementerian, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain kertas makluman dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
| Menyediakan draf jawapan soalan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
| Menyedia dan mengemukakan laporan prestasi pembangunan di peringkat Kementerian dan Negeri 2 kali bagi setiap bulan. |
| Mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek pembangunan 1 kali bagi setiap bulan. |
| Mengumpul maklumat, menyedia dan menghantar Laporan Tahunan Jabatan sebelum 30 November setiap tahun. |
| Melaksanakan inovasi dan pemindahan teknologi yang terkini. |
| Menyediakan perancangan kajian yang terperinci dan menyeluruh. |
Cawangan Teknologi Maklumat
| Merancang dan melaksana pembangunan ICT seiring dengan teknologi semasa. |
| Menjalankan operasi sistem dan penyenggaraan ICT dengan kadar segera. |
| Memberi khidmat nasihat teknikal serta menjalankan kajian kemungkinan mengikut keperluan. |
Seksyen Pentadbiran
| Memproses baucer bayaran dalam tempoh 5 hari |
| Menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari |
| Sentiasa mengemaskini dan memantau pergerakan fail-fail |
| Sentiasa mengemaskini stok, harta modal dan inventori |