BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
LATAR BELAKANG
Sejak pelaksanaan Projek Rancangan Pengairan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970, Bahagian Kejuruteraan telah diwujudkan untuk memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA untuk melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan Muda. Walaubagaimana pun, Bahagian Kejuruteraan telah dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Perkhidmatan Pengairan Dan Saliran (BPPS), Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Infrastruktur (BPMI) dan Bahagian Pengurusan Empangan Dan Sumber Air (BPESA) sejajar dengan penyusunan semula carta organisasi MADA pada 16 Mac 2007.
Bahagian Perkhidmatan Pengairan Dan Saliran (BPPS) merupakan salah satu daripada sembilan (9) bahagian dalam organisasi MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi segala perkhidmatan pengairan dan saliran air kepada MADA untuk melaksanakan penanaman padi dua (2) kali setahun dalam Kawasan Muda.
Selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010), Bahagian ini menitikberatkan pembangunan sistem pengumpulan dan pengurusan data hidrologi bagi membolehkan pengurusan air yang lebih tepat, cekap dan berkesan untuk menjamin kemapanan industri penanaman padi di Kawasan Muda. Kemapanan pengeluaran padi berserta dengan peningkatan daya pengeluaran yang diusahakan MADA telah membolehkan Kawasan Muda menjadi jelapang padi yang menyumbang pengeluaran padi yang terbesar untuk negara.
Selain itu, Bahagian ini juga menjamin bekalan air mentah untuk bekalan air domestik dan industri ke utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis. Agihan air berlebihan dari luar dan dalam Kawasan Muda juga menjadi tanggungjawab Bahagian ini bagi mengurangkan risiko banjir di utara Negeri Kedah dan selatan Negeri Perlis.
VISI
Menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengendalian sistem pengurusan air dalam industri padi.
MISI
| Mengekal kesinambungan penanaman padi dua (2) kali setahun di Kawasan Muda. |
| Mengurus sumber air dengan cepat, tepat dan berkesan. |
| Mengendalikan sistem pengairan dan saliran utama MADA dengan sempurna dan memastikan penyenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran ke tahap prestasi yang tinggi. |
OBJEKTIF
| Mengurangkan risiko kekurangan air di Kawasan Muda (daripada 1 kali dalam tempoh 5 tahun kepada 1 kali dalam tempoh 8 tahun menjelang 2020). |
| Mengekalkan kepadatan tanaman padi tahunan ke tahap melebihi 190%. |
| Menjamin bekalan air mentah yang berterusan untuk kegunaan domestik dan industri di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis. |
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
Cawangan Pengurusan Air
| (I) | Merancang, mengurus dan membekalkan air pengairan untuk membolehkan tanaman padi dua (2) kali setahun mengikut Jadual Penanaman Padi MADA.  | Operasi Pengairan | 
| Pemantauan dan pengagihan sumber air mengikut keutamaan untuk pengairan/ domestik dan Industri | 
| Pelaksanaan Sistem Kualiti Bagi Pengendalian Sistem Pengurusan Air MADA | 
| Pemantauan Dan Pengagihan Air Berlebihan (Tadahan Sungai Di Luar MADA) Ke Laut | 
| Perolehan Data Kemajuan Aktiviti Penanaman Padi Mingguan | 
| Permohonan Bekalan Air Dari Empangan | |
| (II) | Merancang, menetap (bersama peladang) dan melaksanakan jadual penanaman padi.  | Perancangan Jadual Penanaman Padi | 
| Perundingan dan Penetapan Jadual Penanaman Padi | 
| Persediaan Pra-bekalan | 
| Pemeriksaan Kemudahan Pengairan | 
| Permohonan bekalan air dari empangan | |
| (III) | Mengagihkan air yang berlebihan (flood routing) di utara Negeri Kedah dan selatan Negeri Perlis.  | Memperolehi, memantau dan mengemaskini maklumat. | 
| Pengagihan air yang berlebihan | 
| Pengurusan banjir (termasuk laporan awal kejadian banjir dan keluasan Kawasan / sawah tenggelam) | |
| (IV) | Menyediakan khidmat nasihat pengairan dan saliran kepada Wilayah MADA, Agensi/ Jabatan Kerajaan dan Swasta.  | Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalaman | 
| Memberi ulasan teknikal kepada Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah, dan Pengarah Tanah dan Galian | | Negeri Perlis berkaitan dengan permohonan tanah kerajaan dan percamtuman / pembahagian lot tanah | |
| (V) | Mengukuh penyampaian perkhidmatan pengairan dan saliran organisasi melalui pelaksanaan sistem kualit MS ISO 9001:2000.  | Audit kualiti dalaman/Luaran | 
| Mesyuarat kajian semula pengurusan | 
| Latihan | |
Cawangan Hidrologi
| (I) | Mengumpul, memantau dan menganalisis maklumat melalui rangkaian telemetri dan manual.  | Pengumpulan data hidrologi | 
| Pemantauan dan analisis data hidrologi | 
| Pengurusan pengkalan data hidrologi | |
| (II) | Merancang, membangun dan menyenggara sistem pengurusan air di Kawasan Muda.  | Pembangunan sistem dan stesen perolehan data melalui kontrak dan sebutharga | 
| Pembangunan sistem dan stesen perolehan data melalui perolehan terus | 
| Penyenggaraan sistem dan stesen perolehan data melalui sebutharga | 
| Peyenggaraan sistem dan stesen perolehan data melalui Perolehan terus | |
| (III) | Memantau dan menganalisis kualiti air untuk pertanian.  | Pemantauan kualiti air pengairan | 
| Penganalisaan data kualiti air | |
Cawangan Khidmat Sokongan
| (I) | Melaksanakan khidmat Pentadbiran.  | Pengurusan Pentadbiran Am | 
| Pengurusan Perjawatan Bahagian | |
| (II) | Menguruskan kewangan bahagian.  | Penyediaan anggaran belanja mengurus dwi-tahunan | 
| Pengurusan Perolehan | 
| Pengurusan kewangan (Baucer Bayaran) | 
| Pengurusan Panjar Wang Runcit | |
PIAGAM PELANGGAN
Cawangan Pengurusan Air
| Menyediakan Jadual Penanaman Padi bagi musim pertama pada bulan Februari/ Mac dan musim kedua pada bulan Julai/ Ogos setiap tahun. |
| Mengendalikan Sistem Pengurusan Air MADA berpandukan sistem kualiti MS ISO 9001:2000. |
| Memastikan bekalan air mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kegunaan domestik dan industri di utara Negeri Kedah (termasuk Pulau Langkawi) dan Negeri Perlis. |
| Memantau dan melaporkan kemajuan aktiviti penanaman padi di kawasan Muda setiap minggu. |
| Menyediakan ulasan teknikal terhadap permohonan tanah kerajaan/surat rayuan dalam masa (2) minggu. |
Cawangan Hidrologi
| Memastikan sistem telemetri dan rangkaian Radio VHF perolehan data berada pada kadar waktu 99% berfungsi. |
| Mengurus bayaran pesanan kerja penyenggaraan dan pembangunan dihantar untuk pembayaran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas penerimaan penyata tuntutan. |
| Memastikan data-data taburan hujan, paras air dan takungan empangan dikemukakan sebelum jam 0900 untuk kegunaan Bahagian. |
| Mengambil contoh-contoh air di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan pada setiap hari Selasa dan dihantar untuk analisis pada hari Rabu. |
Cawangan Khidmat Sokongan
| Menyediakan Pesanan Kerajaan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh penerimaan permohonan. |
| Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kewangan dan memastikan bahawa setiap bil tuntutan dijelaskan dalam tempoh tiga (3) hari selepas penerimaan. |
| Memastikan semua urusan surat menyurat direkod/ dihantar melalui “Generic Office Environment Electronic Government Document Management System (GOE-EGDMS)” dalam tempoh satu (1) hari. |