close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

PERHIMPUNAN TAHUN BARU 2012
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)
PERUTUSAN PENGURUS BESAR

 
Y.Bhg. Dato' Hj. Abdul Rahim bin Saleh
Pengurus Besar MADA

 

Yang Dihormati saudara pengacara majlis.
Yang Dimuliakan tuan pembaca doa;
Semoga doa yang dibacakan sebentar tadi diperkenan dan dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.
Yang Berbahagia;
Dato’ Haji Roslee bin Baharom
Timbalan Pengurus Besar (Pertanian)

Yang Berbahagia;
Dato’ Loh Kim Mon
Timbalan Pengurus Besar (Teknikal)

Pengarah-Pengarah Bahagian;
Pengurus-Pengurus Wilayah I,II,III dan IV
Pegawai-pegawai MADA di SPPM dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Assalamualaikum w.b.r.k.t.h……….. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, dilindungi Allah swt dan sentiasa bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas seharian.
Tuan-tuan dan puan-puan;

  1. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang pertama bagi kita semua pada tahun baru ini (2012). Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2012, Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012 pada 23 Januari yang akan datang.
  2. Dengan memasuki tahun 2012 ini, usia MADA telah bertambah setahun lagi sejak dari penubuhannya pada 30 Jun 1970 dan usia MADA bakal mencecah 42 tahun pada 30 Jun 2012. Dalam tempoh usia tersebut, kita harus bermuhasabah dan merenung kembali usaha-usaha yang telah dilakukan dari segi pencapaian matlamat MADA; sama ada berjaya atau tidak program-program yang kita rancang dan laksanakan itu dapat memajukan kesejahteraan hidup petani kita dan meningkatkan hasil padi dalam kawasan Muda.
  3. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Y. Bhg. Dato’ Loh Kim Mon di atas pengurniaan Dato’  Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’ oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah (DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong keXIV) sempena Hari Keputeraan Baginda pada 15 Januari 2012.  Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota MADA di atas komitmen dan kerja kuat yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2011. Kepada anggota-anggota yang telah mencapai usia bersara, saya mendoakan kesejahteraan mereka dalam menempuh alam persaraan, semoga khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan di MADA mendapat barakah daripada Allah swt. Patah tumbuh hilang berganti, kepada anggota-anggota baru yang datang, saya ucapkan selamat datang, tahniah di atas pelantikan tuan/puan dan selamat menjadi warga MADA.  Adalah menjadi harapan saya, kita semua akan dapat berkerjasama dan melipat gandakan usaha dan bekerja dalam satu pasukan yang penuh dedikasi dan harmoni untuk membawa kejayaan yang lebih besar kepada organisasi MADA.

Tuan-tuan dan Puan-puan;

  1. Pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan sisem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).  Sistem ini yang melibatkan struktur perkhidmatan meliputi gaji, elaun, kemudahan serta faedah persaraan penjawat-penjawat awam dijangka akan mendapat skim gaji yang lebih baik dari dahulu.  Walau bagaimanapun sistem ini akan disemak semula bagi tujuan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan pelaksanaannya.  Namun demikian, opsyen SBPA tetap berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan Kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

  1. Program Transformasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan negara berpendapatan tinggi telah melaksanakan 6 NKRA.  Salah satu daripada 6 NKRA yang terlibat secara langsung dengan MADA ialah meningkatkan taraf hidup rakyat. Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, kita menjalankan program NKEA atau dalam Bahasa Melayu disebut Bidang Utama Ekonomi Negara. Bagi program NKEA, MADA telah diberi tanggungjawab ke atas EPP-10 iaitu penskalaan ke atas peningkatan produktiviti tanaman padi di Kawasan Muda.  Di bawah EPP-10 ini, tiga komponen diberi fokus khusus iaitu peningkatan kepadatan infrastruktur pengairan dan saliran, peningkatan kecekapan pengurusan ladang melalui penubuhan estet padi secara berpusat dan penglibatan secara langsung dalam keseluruhan rantaian industri tanaman padi.  Adalah menjadi harapan kita semua agar program ini berjalan dengan jayanya dan peladang-peladang mendapat manfaat dengan peningkatan hasil seterusnya meningkatkan pendapatan.
  2. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan merupakan teras kepada kita dalam menjalankan tanggungjawab, memikul amanah dengan sifat nilai-nilai murni agar peladang-peladang di Kawasan Muda dibela dengan menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan pendapatan mereka.  Modal insan dengan nilai-nilai integriti, inovatif dan kreatif serta toleransi perlu ada dalam setiap individu tidak kira pegawai ataupun peladang.  Kita sebagai pegawai-pegawai MADA perlu sentiasa berhubung / engagement dengan peladang-peladang agar masalah yang dikemukakan dapat diselesaikan dengan bijak dan berkesan.  Komunikasi dua hala amat penting dalam menyelesaikan masalah.  Kita juga perlu “fikir diluar kotak” (think out of the box) agar strategi baru dapat dilaksanakan selaras dengan peredaran masa.  Sehubungan itu, Pelan Strategik MADA akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

  1. Ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dalam majlis Amanat  Tahun Baru 2012 yang diadakan di Dewan Serbaguna MAEPS pada 10 Januari 2012 mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah menetapkan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha melaksanakan misi penting ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.  Beliau menggariskan empat strategi bagi melancarkan Dasar Agro Makanan iaitu menjamin bekalan makanan mencukupi, meningkatkan nilai tambah, melengkap dan memperkukuhkan rantaian bekalan serta menyediakan guna tenaga pertanian berpengetahuan dan terlatih.

Tuan-tuan dan puan-puan;

  1. Adalah menjadi harapan saya agar:
  • Semua warga  MADA sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing supaya kita jelas dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita dan dapat laksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Selain dari tugas hakiki yang dilaksanakan, kita juga perlu aktif dalam bidang sukan kerana ia dapat mencergaskan tubuh badan dan mencerdaskan otak. MADA telah memenangi tempat kedua pada Karnival Sukan MOA inc. 2011.  Selain itu, MADA juga telah memenangi beberapa kategori dalam acara perahu panjang sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah pada 2011.
  • Bagi mencapai visi dan misi MADA, kita hendaklah berkerja secara berpasukan dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan sentiasa komited terhadap tugas seharian. 
  • Semoga kita diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t dalam menjalankan ibadah dan tugas seharian.

 

SEKIAN, saya sudahi dengan wassalamualaikum wbt.

     

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image