close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

Program Pembasmian Kemiskinan

Program Pembasmian Kemiskinan merupakan satu program sosial untuk membantu golongan sasar (Miskin Tegar/ Miskin) meningkatkan pendapatan seterusnya membebaskan diri daripada kepompong kemiskinan.

Penentuan status golongan sasar samada Miskin Tegar atau Miskin adalah berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikut ;

Kategori

PGK (RM)

Miskin Tegar

430

Miskin

720

 

 

 

 

Kini, program-program berbentuk bantuan kepada golongan sasar (Miskin Tegar dan Miskin) kian diberi penekanan oleh pihak kerajaan di mana Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak telah mengumumkan salah satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu “Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah”. Di bawah teras ini, setiap golongan sasar yang layak diberi bantuan akan menerima faedah yang sewajarnya bagi memastikan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat ini dapat dicapai.

Berdasarkan sistem e-Kasih (Pangkalan Data Kemiskinan Nasional) yang dikunci pada  27 April 2011, bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar dan Miskin yang bermastautin di dalam kawasan Muda mengikut negeri adalah seperti berikut ;

Negeri
Kategori
Jumlah
Miskin Tegar (MT)
Miskin (M)
Kedah

100

528

628

Perlis

75

355

430

Jumlah

175

883

1,058

Sumber: e-Kasih, ICU JPM (2011)

Data yang terdapat di dalam sistem e-Kasih merupakan data yang bersifat dinamik di mana sentiasa mengalami perubahan sama ada berlaku pertambahan atau pengurangan tertakluk kepada proses pengesahan bancian dan juga turun naiknya pendapatan peserta/ golongan sasar.

Pelaksanaan Program KPI Menteri

Memandangkan program pembasmian kemiskinan sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan, maka pada tahun 2009 program ini telah pun ditetapkan sebagai KPI (Key Performance Indicator) YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Program ini mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2009 dan diteruskan sehingga tahun 2011 dengan hasrat untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat. Melalui program ini, setiap agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan  ditetapkan sasaran bilangan peserta untuk diberi bantuan.

Di bawah pelaksanaan oleh MADA, peserta yang layak akan diberi bantuan peralatan menjalankan projek-projek ekonomi seperti pertanian kecil, jahitan, pemprosesan makanan dan perniagaan kecil. Sebagai contoh antara peralatan yang diberi kepada peserta adalah seperti Mesin Rumput, Pam Penyembur Racun, Pam Penyembur Benih, Jentera Bajak 2 Roda, Mesin Jahit, Oven, Mixer, Mesin Tebu, Stall Burger dan sebagainya

Status Fizikal Projek KPI Menteri (2009-2011)

Ringkasan sasaran dan pencapaian program KPI Menteri oleh MADA daripada tahun 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut ;

 

Tahun

Sasaran MADA

 

Parlimen Sasaran

Pencapaian MADA

 

Catatan

Bilangan Peserta Sasaran (Orang)

Bilangan Peserta Diberi Bantuan

Miskin Tegar (MT)

Miskin (M)

Jumlah

Miskin Tegar (MT)

Miskin (M)

Jumlah

2009

100

50

150

Jerlun
Kubang Pasu

131           (131%)

62 (124%)

193 (127%)

Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPGS)

2010

200

100

300

Jerlun
Kubang Pasu
Arau
Kangar

128  (64%)

231 (231%)

359 (120%)

Bilangan MT tidak mencapai sasaran kerana hasil bancian data e-Kasih mendapati terdapat peserta yang tidak berminat menjalankan projek ,uzur, meninggal dan sebagainya.

2011

Kedah :400
Perlis: 200
Jumlah: 600

Tidak Disasarkan mengikut parlimen

Dalam Pelaksanaan

Program AZAM TANI

Nota * Bagi tahun 2009 dan 2010, MADA melaksanakan program bantuan kepada    golongan sasar di seluruh parlimen Kawasan Muda tidak tertakluk kepada Parlimen sasaran sahaja.

Status Kewangan Projek KPI Menteri (2009-2011)
Sumber peruntukan yang diterima oleh MADA dalam melaksanakan Program KPI Menteri mulai tahun 2009 sehingga 2011 adalah seperti berikut ;

Tahun

Sumber Kewangan/ Peruntukan (RM)

Jumlah Peruntukan (RM)

 

 

2009

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) & Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU,JPM)

991,100

Program Menambah dan Meningkatkan Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan (MMPPPN)

238,000

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU,JPM)- Khas

550,000

Jumlah 2009

1,779,100

 

 

2010

Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW)

63,500

Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU,JPM)- melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

1,650,000

Jumlah 2010

1,713,500

 

2011

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

4,655,280

Jumlah 2011

4,655,280

Jumlah Keseluruhan (2009-2011)

8,147,880

 

 

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image