Pelan Tindakan Untuk Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara
Tujuan
Merangka pelan peningkatan hasil padi MADA bagi menangani isu bekalan dan kenaikan harga beras negara. Strategi
Tindakan "Quick Win" bagi meningkatkan produktiviti
Tindakan meningkatkan pengeluaran dengan memperkukuhkan khidmat sokongan dan pemberian subsidi serta pembayaran insentif.
Tindakan jangka panjang menambah pengeluaran dengan meningkatkan intensiti tanaman dan pembukaan kawasan baru.
Program / Projek
Tindakan "Quick Win" bagi meningkatkan produktiviti
Penyelenggaraan infrastuktur pengairan dan pengeluaran
Perataan Tanah
Pembekalan input pertanian bagi meningkatkan kesuburan tanah
(a)
Bantuan kapur
(b)
Baja NPK
Pembekalan input pertanian bagi kawalan perosak
Tindakan meningkatkan pengeluaran dengan memperkukuhkan khidmat sokongan dan pemberian subsidi serta pembayaran insentif
Pemilikan jentera dan mekanisasi ladang
Kempen meningkatkan kesedaran petani
Khidmat sokongan penyelidikan dan promosi teknologi
Pemberian subsidi dan pembayaran insentif
Tindakan jangka panjang menambah pengeluaran dengan meningkatkan intensiti tanaman dan pembukaan baru
Pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran
Program Jelapang Padi Sabah
Program Jelapang Padi Sarawak
Program yang terlibat
Penyelenggaraan Infrasturktur Pengairan dan Saliran
Pembangunan Infrastruktur Pengaliran dan Saliran Bagi Estet Padi
Perataan Tanah Sawah
Program Pemulihan Tanah Masam (kapur)
Peningkatan Kesuburan Tanah (NPK)
Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit
Mekanisasi Ladang
Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran
Perkara yang terlibat di bawah program ini adalah
Pemulihan taliair jari dan taliair
Membuang enapan taliair dan parit
Pembersihan taliair untuk semua wilayah
Pembersihan parit untuk semua wilayah
Pelebaran ban kecil
Penyelenggaraan jalan ladang
Penyelenggaraan sistem taliair konkrit
Pemulihan dan pengubahsuaian struktur
Pemulihan taliair tanah ke taliair konkrit
Pembangunan Infrastruktur Pengaliran dan Saliran bagi Estet Padi
Perkara yang terlibat di bawah program ini adalah
Kerja sukat untuk sistem pengairan tersier
Menaiktaraf jalan ladang
Pembinaan jalan ladang
Pembelian pam bergerak 4" dan 6"
Pembinaan struktur baru
Pembinaan taliair konkrit baru
Perataan Tanah Sawah
Komponen-komponen yang terlibat :
Perataan tanah dalam sawah (minor land-levelling)
Pembinaan parit jari
Pintu kawalan air
Pembaikan batas-batas sawah
Program Pemulihan Tanah Masam (Kapur)
Program ini melibatkan pembelian kapur dan upah untuk pengangkutan serta menabur.
Peningkatan Kesuburan Tanah (NPK)
Projek peningkatan kesuburan tanah ini melibatkan keseluruhan kawasan di bawah pengurusan MADA meliputi kawasan seluas 96,558 hektar.
Kadar diberikan - 6 beg/ha @ 25 kg/beg
Kaedah perlaksanaan bagi projek kesuburan tanah adalah seperti berikut :
(a)
Kaedah penyaluran peruntukan kepada peladang MADA melalui PPK MADA. Baja disyor NPK formulasi untuk skim ini.
(b)
Tempoh perlaksanaan - agihan bermula pada musim 2/2008
Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit
Di dalam program ini semua peladang akan dibekalkan racun untuk kawalan makhluk perosak mengikut keperluan mereka pada kadar bantuan yang ditetapkan.
Cadangan - racun siput gondang emas, racun kulat dan racun tikus.
Di dalam program ini semua peladang dibekalkan racun untuk kawalan perosak dan rumpai mengikut keperluan dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan
Kaedah pelaksanaan program ini adalah seperti berikut : -
Kupon akan diberikan kepada peladang-peladang berdaftar dan penukaran bahan racun dibuat di PPK tempat mendaftar berdasarkan kepada keluasan sawah.
Mekanisasi Ladang
Pogram ini melibatkan penyediaan perkhidmatan penanaman, pembajakan dan penuaian dengan menggunakan PPK sebagai pemberi perkhidmatan (service provider).
Tujuan
Menyediakan perkhidmatan penanaman, pembajakan, dan penuaian dengan menggunakan PPK sebagai pemberi perkhidmatan (service provider).
Menggalakkan pemilikan jentera kecil di kalangan peladang melalui skim pemilikan jentera kecil secara ‘matching grant’ pada kadar 50% pembiayaan daripada kerajaan. Contoh: Pam 2”, pam penyembur bermotor dan jentera pembajak 2 roda dan lain-lain yang ditetapkan
Kesimpulan
Pelaksanaan program-program ini diharap dapat membantu peladang dalam meningkatkan hasil padi mereka.
Sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menangani isu harga beras dan meningkatkan hasil pengeluaran padi mencapai Tahap Sara Diri (SSL) 90% beras negara menjelang 2010.