TEKNOLOGI FERTIGASI TANAMAN LANGKAWI MELON
HARI SEBELUM/ SELEPAS TANAM | AKTIVITI |
PENYEDIAAN SEBELUM MENANAM |
14 HST | · Mengira keperluan baja dan coco peat · Pembelian beg tanaman bewarna putih 45cm x 15cm · Membeli keperluan lain seperti biji benih (Golden Langkawi), media percambahan (peat moss), tali rafia, pisau kecil, racun serangga dan kulat. |
12-15 HST | · Membilas, mengetos, menimbang 2-2.5 kg dan mengisi coco peat ke dalam beg tanaman. · Menyusun beg tanaman. · Memcucuk alat penitis ke dalam setiap beg. · Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis. |
7 HST | · Menimbang baja mengikut formulasi. · Membancuh stok baja. |
5-1 HST | · Mengikat tali rafia untuk dijadikan tali lanjaran (digantung 2.5cm tinggi) |
2-1 HST | · Menghidupkan pam untuk mambasahkan media di dalam beg tanaman |
PENANAMAN |
0 H | · Mengorek lubang 4cm x 4cm x 4cm pada setiap beg untuk menanam biji benih. · Masukkan peat moss ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan. · Menanam biji benih melon di peat moss pada beg tanaman (1 biji/lubang ) · Mencucuk penitis berhampiran pangkal anak benih. |
HARI SEBELUM/ SELEPAS TANAM | AKTIVITI |
PENGURUSAN POKOK SELEPAS MENANAM |
1 & 2 HLT | · Periksa semua beg tanaman · Pastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucuk pada pangkal pokok. · Pam air 1 x di awal pagi. · Menebuk lubang menggunakan pisau, 3-4 lubang di kiri dan kanan beg tanaman, 3.5- 5cm dari kiri aras bumi untuk mengelak air daripada bertakung terlalu banyak di dalam beg tanaman. |
HARI SELEPAS TANAM | AKTIVITI |
3 HLT | · Melarutkan baja stok kedalam tangki larutan. · Baja 1kali /hari di awal pagi. |
4 – 8 HLT | · Baja 2 kali/hari. · Periksa setiap pokok di awal pagi. · Perhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak. · Jika terdapat pokok yang layu, periksa media tanaman, sekiranya kering, kemungkinan alat penitis tersumbat. |
PENGAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK |
7 – 17 HLT | · Buat rawatan pencegahan penyakit akar (pythium). · Pastikan pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. · Siramkan 100 ml bancuhan ini ke pangkal setiap pokok. · Baja boleh diberikan selepas 2 jam rawatan ini dilakukan. |
8 – 75 HLT | · Periksa setiap pokok di awal pagi. · Perhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak. · Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan ulat ratus, hama dan kutu trip (lihat dibawah daun – bahagian pertengahan – 2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran aphid dan lalat putih. · Memeriksa sistem fertigasi agar berfungsi dengan baik. |
MEMOTONG DAHAN POKOK |
| 7 – 12 HLT | · Memotong cabang pertama dan kedua anak benih melon. · Membiarkan hanya batang utama membesar dan seterusnya mengeluarkan buah. |
MENGIKAT POKOK |
20 – 30 HLT | · Mengikat cabang pokok dengan tali lanjaran yang telah siap digantung. · Melilit pokok-pokok pada tali lanjaran. · Membimbing pucuk utama pokok menyusuri dawai penyangkut. |
MEMBILAS MEDIA TANAMAN |
20 HLT dan setiap 7 HLT | · Membilas media tanaman dengan air bersih (tanpa baja) pada semua pokok. |
MENAMBAH KEKERAPAN PENITISAN |
20 HLT | · Menambah kekerapan penitisan larutan baja. · Penambahan tempoh masa tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan pembaziran. |
MEMBANTU PENDEBUNGAAN |
30 – 50 HLT | · Membantu pendebungaan dengan membawa bunga jantan ke bunga betina untuk meningkatkan pengeluaran buah melon. |
35 – 45 HLT | · Memotong hujung dahan melon 5cm dari putik buah. · Membuang semua tunas air lain apabila telah ada 3 – 4 putik buah yang sihat dan mampu membesar. |
45 HLT hingga tamat | · Menambah kepekatan larutan baja |
PENUAIAN BUAH |
55 hari hingga tamat | · Buah mula boleh dituai apabila ada tanda retak. (Menunjukkan tangkai akan tanggal pada pangkal buah.) · Mengred buah. · Memasar buah. |
MENAMATKAN TANAMAN |
75 HLT | · Mencabut pokok melon bersama akar dan memusnahkannya. |