close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

SEMAKAN TANAMAN PADI

Senarai  Semakan  Tanaman  Padi  (Rice  Check)  adalah  panduan  untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti  ditepati  untuk  pertumbuhan  yang  baik  ke  arah  penghasilan  yang  tinggi. Pemantauan  dan  pemerhatian  pokok  dan  status  ladang  dari  segi  pertumbuhan, pengurusan  air,  pembajaan,  serangan  rumpai  dan  perosak  dan  tuaian  adalah penting  untuk  mengenalpasti  masalah  dan  mengambil  tindakan  penyelesaian masalah.  Pertumbuhan  tanaman  perlu  diperhati,  diukur  dan  disimpan  data  untuk panduan  pengurusan  musim  selanjutnya.  Kita  perlu  belajar  dari  pengalaman  dan mengambil tindakan  yang sewajarnya untuk  mempertingkatkan  pengurusan ladang setiap musim

 

CHECK UTAMA 1

PENENTUAN STATUS KEASIDAN TANAH

“Pastikan tanah sawah tidak berasid”

  • Dapatkan  bantuan  Pegawai-Pegawai  Pengembangan  PPK  MADA  untuk menentukan keasidan tanah.
  • pH tanah yang paling sesuai untuk tanaman padi ialah 5.5 – 6.5.
  • Jika bacaan pH tanah kurang dari pH 5.5 tabur kapur jenis debu atau sembur kapur jenis cecair.

Kadar kapur debu yang perlu digunakan ialah :

Bacaan pH 5.0 – 5.5 tabur 1.4 tan/hektar
(16 beg/relong @ 25 kg/beg)

Bacaan  pH 4.5 – 5.0 tabur 2.8 tan/hektar
(32 beg/relong @ 25 kg/beg)

Bacaan  pH 4.5 dan kurang tabur 5.0 tan/hektar
(57 beg/relong @ 25 kg/beg)

 

Kadar kapur cecair yang disyorkan ialah :

Bacaan  pH 4.5 – 5.0 sembur 17.5 liter/hektar (5 liter/relong)

Bacaan  pH 3.5 – 4.5 sembur 35 liter/hektar (10 liter/relong)

Bacaan  pH 3.5 dan kurang sembur 52.5 liter/hektar (15 liter/relong)

 

Analisa  tanah  yang  lengkap berkaitan  status  kemasaman  /  kesuburan tanah  akan  dilakukan  oleh  MADA  dan Jabatan  Pertanian  secara  berperingkat-peringkat.  Syor  pembaikan  akan dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan yang didapati.

 

CHECK UTAMA 2

KEADAAN PETAK SAWAH

“Petak mestilah rata dan dijaga dengan baik”

  • Permukaan sawah mestilah rata. Perbezaan antara tempat paling rendah dan paling tinggi lebih kurang 5 cm (2 inci).
  • Lakukan perataan tanah pada musim kering jika tanah sawah tidak rata.
  • Batas  mesti  dijaga  dengan  sempurna  untuk  mengawal  air  di  dalam  petak. Jangan guna racun rumpai jenis menyerap contohnya glifosat dengan kerap untuk mengawal rumpai di atas batas kerana ia boleh menyebabkan struktur tanah batas runtuh. Sebaiknya guna mesin rumput jenis galas untuk kawalan rumpai di batas.
  • Pastikan adanya tempat air masuk dan keluar bagi setiap petak sawah.

 

CHECK UTAMA 3

KAWALAN PADI ANGIN

“Padi angin boleh mengurangkan hasil padi sehingga 90%”

  • Kenalpasti  petak  yang  mengalami  infestasi  padi  angin  musim  lepas  bagi memudahkan kawalan dijalankan pada musim ini.
  • Kaedah paling berkesan mengawal padi angin ialah menanam (mencedung).
  • Sekiranya  kaedah  tabur  terus  hendak  diamalkan  pastikan  langkah-langkah berikut diikuti

    1. Potong tunggul padi rapat dengan tanah antara 0 hingga 5 hari lepas menuai.Serakkan dengan sekata di dalam petak.
    2. Bakar jerami yang kering. Ini bertujuan bagi memusnahkan benih padi (termasuk benih padi angin) yang terdapat di atas permukaan tanah.
    3. Buat  putaran  kering  7  –  14  hari  selepas  membakar  jerami.  Ini bertujuan  memusnahkan  benih  padi  yang  tumbuh  selepas pembakaran.
    4. Sembur  racun  glifosat  jika  masih  lagi    terdapat  padi  batat  yang tumbuh selepas 7 – 10 hari putaran kering dijalankan.
    5. Buat  putaran  kedua  dalam  keadaan  basah  (air  bertakung).  Selepas putaran  ini  sembur  racun  pretilachlor  pada  kadar 500 ml/relong  ke atas  permukaan  air.  Ini  bertujuan  bagi  membunuh  benih  padi  yang terdapat   di  dalam  air  bagi  petak  tersebut.  Takung  air  sekurang-kurangnya 7 hari sebelum disalir keluar.
    6. Buat putaran  ketiga diikuti dengan membadai dan pembinaan lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong.
    7. Tabur benih bermutu (didapati dari sumber yang sah) yang direndam dengan  bahan  penggalak  percambahan  benih  bagi  membantu pertapakan anak benih yang baik.
    8. Buat penakaian (potong) padi meninjau sebelum tangkai padi masuk isi.

       Sekiranya kaedah menanam dan kaedah di atas tidak dapat diikuti, kaedah tabur benih dalam air disyorkan.

 

CHECK UTAMA 4

JADUAL PENGAIRAN

“Ikut jadual pengairan untuk menjimatkan air”

  • Lakukan  aktiviti  penyediaan  tanah mengikut  fasa  seperti  jadual pengairan yang dikeluarkan oleh MADA.
  • Patuh  kepada  jadual  ini  juga membantu penuaian dijalankan secara berperingkat-peringkat.

 

CHECK UTAMA 5

PENYEDIAAN TANAH

“Penyediaan tanah yang sempurna asas kepada pertapakan benih yang seragam”

  • Putar tanah sehingga kedalaman 10 cm – 15 cm (4 inci – 6 inci).
  • Sebelum  menabur  benih pastikan  keadaan  tanah  lumat dan  bersaiz  kurang dari 2.5 cm (1 inci).
  • Tanah  sawah perlu rata. Perbezaan kerataan tanah mestilah lebih kurang 5 cm (2 inci)
  • Buang  jerami  padi,  tunggul  padi,  rumpai  atau  anak  padi  batat  yang  masih tertinggal di dalam petak.
  • Buat lorong kerja pada jarak 10 kaki antara lorong.

 

CHECK UTAMA 6

MENABUR BENIH

“Benih terbaik menjamin hasil yang tinggi”

  • Guna  benih  terbaik  dan  berkualiti  yang didapati dari sumber yang sah.
  • Peratus  percambahan  benih  mestilah  tidak kurang dari 80%.
  • Rendam  benih  dengan  bahan  penggalak percambahan  bagi  membantu  pertapakan anak benih yang baik.
  • Tabur  140  kg/hektar  (40  kg/relong) bagi mendapatkan  sekurang-kurangnya  400 bilangan anak benih yang bercambah untuk 1 meter persegi.
  • Guna  penyembur  berjentera  untuk mendapatkan sebaran benih yang seragam.

 

CHECK UTAMA 7

PEMBAJAAN

“Hasil  yang  tinggi  diperolehi  melalui pembekalan nutrien yang mencukupi dan tepat pada masa yang diperlukan”

  • Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil 10 tan sehektar dicapai:

Peringkat pertumbuhan

Sasaran Komponen hasil 10 tan / hektar

 15 HLT (3 helai daun)

 400 anak benih / m²

 35 HLT (Mula beranak)

 500 – 600 pokok / m²

 50 – 65 HLT
 (Pembentukan tangkai)

 500 tangkai dengan
 120 biji / tangkai

 70 – 85 HLT
 (Pengisian biji padi)

 Lebih 75% bernas dengan berat 1,000 biji 27 gram atau 2.25  gram setangkai

 

  • Kadar  baja  dan  masa  pembajaan  disyorkan  mengikut  varieti  adalah  seperti berikut:

Membaja (HLT)
(HLT ialah Hari Lepas Tabur)

Peringkat
Tanaman

Jenis
Baja

Kadar
Baja
(kg/ha)

Varieti
matang 105
- 111 HLT
(contohnya
MR 219)

Varieti matang
120 HLT dan
lebih
(contohnya
MR 84)

15 - 20
15 - 20

Mula
beranak

Baja Cmpuran
(Bantuan
Kerajaan)

360 kg/hektar
(4 beg/relong)

35 - 40
35 - 40

Beranak
aktif

Urea (Bantuan
Kerajaan)

100 kg/hektar
(1 beg/relong)

50 - 55
60 - 65

Pembentukan
tangkai

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

70 - 75
80 - 85

Pengisian
biji

Baja Sebatian
Tambahan
12:12:17:2MgO+TE

175 kg/hektar
(50 kg @
1 beg/relong)

 

  • Baja foliar disyorkan untuk digunakan bagi menambah nutrien kepada tanaman pada peringkat 45 HLT dan 65 HLT.

 

CHECK UTAMA 8

PENGURUSAN AIR

“Pengurusan  air  yang  cekap  dan  mencukupi  pada  masa  diperlukan adalah penting untuk pengeluaran hasil yang tinggi”

  • Buat parit kilik sepanjang batas petak untuk mempercepatkan pengairan dan saliran.
  • Jaga kedalaman  air di dalam  petak antara 5  – 10  cm (2-4 inci)  bergantung kepada ketinggian pokok sepanjang peringkat pertumbuhan.
  • Pastikan jangan berlaku kekeringan kerana ia akan mengurangkan hasil padi.

Bagi varieti matang 105 – 111 hari keringkan air 7 – 10 hari sebelum tuai.

Bagi varieti matang 120 hari dan lebih keringkan air 14 hari sebelum tuai.

 

CHECK UTAMA 9

KAWALAN PEROSAK

“Rumpai dan makhluk perosak boleh mengurangkan hasil padi”

 

KAWALAN RUMPAI

  1. Penyediaan tanah dan pengurusan  air  yang sempurna membantu dalam kawalan rumpai.
  2. Periksa 3 – 5 hari sekali selepas tabur benih dan kenalpasti rumpai yang terdapat di dalam petak sawah.
  3. Masa mengawal rumpai ialah :
  • TERBAIK pada tempoh KURANG 15 HLT
  • KRITIKAL pada 15 – 30 HLT
  • KURANG BERKESAN pada LEBIH 30 HLT
  1. Pilih  jenis  racun  rumpai  yang  sesuai  dengan  rumpai  yang  dikenalpasti  di sawah.  Antara  jenis  racun  yang  biasa  digunakan  ialah  prethilachlor, thiobencarb + propanil dan 2, 4-D butyl ester.
  2. Dinasihatkan  JANGAN  guna  racun  jenama  yang  sama  lebih  dari  3  musim berturut-turut kerana ia boleh menyebabkan kerintangan (kebal).

 

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK DAN PENYAKIT

  1. Kawalan  perosak  perlulah  mengikut  konsep  Pengurusan  Perosak  Secara Bersepadu (IPM) iaitu kawalan dijalankan setelah serangan mencapai tahap ambang  tindakan.  Tahap  ambang  tindakan  beberapa  jenis  perosak  dan penyakit utama dan syor kawalan adalah seperti berikut :

    Perosak / Penyakit

    Tahap Ambang
    Tindakan (ATL)

    Contoh (Bahan Aktif
    Racun)

    1. Tikus

     5% serangan

     Chlorophacinone
     Brodifocoam

    2. Siput gondang emas

     1 ekor bagi 1 meter persegi

     Saponin
     Niclosamide

    3. Ulat gulung daun

     40% serangan

     Buprofezin + cartap
     hydrochloride

    4. Ulat batang

     40% serangan atau 2  ekor
     Seperdu

     Fipronil
     Carbaryl

    5. Bena perang

     20 ekor dewasa / 50 ekor
     Nimfa seperdu

     Buprofezin
     imidaclopid

    6. Bena belakang  putih

     20 ekor dewasa / 50  ekor
     Nimfa seperdu

     Carbaryl
     imidaclopid

    7. Hawar seludang

     10% serangan

     Difenochonazole
     pencycuron

     

  2. Bagi kawalan tikus lakukan kerja berikut :

Buat pengumpanan sebelum dan semasa penyediaan tanah, semasa menabur benih, padi bunting dan padi berbuah.

 

CHECK UTAMA 10

PENUAIAN

“Pengurusan penuaian sempurna menentukan hasil sebenar diperolehi”

  • Tuai tanaman apabila 85% padi masak.
  • Awasi  kerja-kerja  penuaian  bagi  memastikan  peratus  kehilangan  (padi tumpah) berada pada tahap minima.

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image