Warna Tulisan
Bahasa Melayu | English 9:45 AM Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman Saiz tulisan :
  Daftar    
Navigation
CARIAN
Jurnal kandungan

Soalan Lazim / Frequently Ask Question (FAQ)

 

Soalan 1 : Apakah jenis tanaman yang diberikan fokus utama MADA?
    Tanaman yang diberi fokus penekanan utama oleh MADA ialah tanaman padi.
Soalan 2 : Impak pengeluaran hasil padi sejak MADA ditubuhkan?
    Sebelum MADA ditubuhkan, hasil padi yang dikeluarkan pada tahun 1965 ialah 3.4 tan/ha melalui penanaman setahun sekali. Namun, setelah MADA mula beroperasi pada tahun 1970, penanaman secara dua kali setahun ( double cropping) berjaya dilakukan dengan jayanya. Ini dibuktikan apabila hasil padi pada musim 1/2005 mencatatkan pengeluaran 6.1 tan/ha dengan peningkatan sebanyak 79.41%.
Soalan 3 : Selain tumpuan kepada tanaman padi, adakah MADA mempunyai sebarang projek/program lain?
    MADA turut melibatkan diri dalam aktiviti bukan padi melalui Projek Bukan Padi seperti tanaman mempelam , ternakan akuakultur dan juga ternakan lembu fidlot. Selain itu, MADA turut berkecimpung di dalam projek pembangunan industri dan keusahawanan seperti kratangan dan pembuatan kuih-kuih tradisional. Projek bukan padi merupakan salah satu usaha murni MADA untuk membantu petani meningkatkan pendapatan mereka selain daripada menyambut baik usaha Kerajaan untuk melibatkan diri di dalam keselurahan rantai nilai ( Total Value Chain).
Soalan 4 : Berapakah luas kawasan pentadbiran MADA dan adakah kawasan pentadbiran MADA sama dengan kawasan pentadbiran negeri?
    Keluasan kawasan MADA yang merangkumi Bandar Kangar hingga ke Pekan Guar Chempedak ialah 126,155ha. Keluasan kawasan tanaman padi ialah 96,558ha. Kawasan pentadbiran MADA adalah tidak sama dengan kawasan pentadbiran negeri.
Soalan 5 : Adakah MADA mempunyai teknologi tertentu untuk meningkatkan hasil?
    Terdapat dua teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi iaitu: a) Sistem Pertanian Tepat Mengamalkan penggunaan input mengikut keperluan tanaman, masa, lokasi dan pada kadar yang bertepatan. b) Sistem Pemantauan dan Ramalan Hasil Padi Melalui penggunaan teknologi remote sensing dan GIS dapat memberi maklumat secara ’near real -time’ dengan menggunakan data satelite Radarsat yang berupaya memberi maklumat-maklumat tanaman padi untuk keseluruhan kawasan Muda.
Soalan 6 : Adakah semua empangan di negeri Kedah di bawah kendalian MADA?
    Tidak. Empangan yang di bawah kendalian MADA ialah Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning. Takungan Empangan Muda disalurkan melalui terowong Saiong ke Empangan Pedu untuk dilepaskan bagi kegunaan pengairan melalui Sg. Pedu/Sg. Padang Terap ke kawasan Muda. Manakala Empangan Ahning berfungsi untuk bekalan air domestik. Empangan Beris yang terletak di Sik adalah di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Soalan 7 : Apakah strategi MADA untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh memandangkan peladang di kawasan MADA kebanyakkannya telah berumur?
    Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh, MADA telah merancang dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui program Estet padi yang dilancarkan baru-baru ini, ianya berkonsepkan pengurusan ladang secara berpusat yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Melalui cara ini, penggunaan tenaga buruh dapat diminimakan. Selain itu, penggunaan jentera sepenuhnya digunakan daripada proses menabur benih, pembajaan, kerja-kerja meracun dan juga kerja-kerja menuai
Soalan 8 : Memandangkan MADA merupakan kawasan jelapang padi yang terbesar di utara, berapakah sumbangan padi MADA kepada jumlah pengeluaran padi Negara?
    MADA menyumbangkan 40% daripada jumlah pengeluaran padi Negara.
Soalan 9 : Bagaimanakah untuk melibatkan diri di dalam program MADA /menjadi usahawan MADA?
    Untuk melibatkan di dalam program-program MADA, seseorang itu haruslah menjadi ahli PPK, pernah mempunyai penglibatan di dalam aktiviti keusahawanan dan harus mempunyai minat yang mendalam di samping keazaman yang kuat untuk berusaha.
Soalan 10 : Berapakah jumlah peladang di dalam kawasan MADA?
    MADA mempunyai 48,000 peladang di dalam kawasan MADA.
 

1malaysia MyGov Kerajaan Negeri Kedah Kerajaan Negeri Perlis MSC Jabatan Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia JAKIM Halal Portal Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pusat Khidmat Kontraktor Ministry of Agriculture AgriBDC BlogMOA Blog Menteri MOA Jabatan Pertanian Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia Malaysian Agricultural Research and Development Institute Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu Lembaga Pertubuhan Peladang LKIM Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia Agrobank TEKUN MY ID Biro Pengaduan Awam Suruhanjaya Piliharaya