close
qrcode
Latar Belakang: Latar Belakang 1 Latar Belakang 2 Latar Belakang 3 Latar Belakang 4 Latar Belakang Asal Saiz Tulisan: Kecilkan Teks Set Semula Teks Besarkan Teks Skema Warna Tema Asal Tema Biru Tema Hitam Tema Perang Capaian Pengguna Kurang Upaya Teks Suara Teks Suara
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
image image image image
Kandungan Jurnal
image

Sistem Pengurusan Air MADA (SPA)

Sistem  pengurusan  air  MADA  berdasarkan  kepada  Sistem  Pengurusan  Air  dan Kawalan dengan objektif untuk menjimatkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan air.Sistem ini memerlukan sistem pengutipan data yang sistematik.

Pada  masa  kini  SPA  menggunakan  rangkaian  sistem  telemetri  yang  merangkumi ‘master  controller’  di  Ibu  Pejabat  MADA  81  buah  RTU  (‘Remote  Terminal  Unit’)  yang ditempatkan di seluruh Kawasan Muda dan kawasan tadahan. RTU ini merangkumi 81 buah stesen perakam hujan dan gabungan 16 buah stesen perakam hujan dan perakam paras air di sungai-sungai  utama  di  Lembangan  Muda.  Selain  dari    itu  terdapat juga  data  hidrologi yang dikutip termasuk data harian sejatan dari 20 buah stesen sejatan, bekalan sebenar ke bendang dan aktiviti tanaman padi semasa.

Stesen telemetri membolehkan MADA mendapat maklumat seperti hujan dan paras air dari seluruh kawasan dalam waktu yang amat singkat (timelyness).  Dengan kemudahan ini, SPA  dapat  menilai  keperluan  air  pengairan  seterusnya  mengagihkan  air  pengairan  ke bendang. Ini  dapat  direalisasikan  melalui  imbangan  air  harian  di  setiap  blok  pengairan. Komputasi  imbangan  air  dilakukan  dengan  menggunakan  model  dan  perisian  komputer yang dibina oleh MADA. Kiraan  bekalan  air  ini adalah  berdasarkan  kepada  prinsip  bahawa turunan hujan  dan aliran  sungai  tak  terkawal  hendaklah  digunakan  dengan  sepenuhnya  sebelum  pam  guna semula dijalankan dan air dari takungan empangan-empangan dilepaskan

 

Bookmark and Share
  • image
  • image
  • image
  • image