SYARIKAT PERTUBUHAN PELADANG
Mengikut pindaan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (A 721/1989) Seksyen 6(2) dengan kelulusan Pendaftar, Pertubuhan Peladang adalah dibenarkan menceburi pelaburan ekuiti syarikat dan/atau menubuhkan anak syarikat. Sehingga kini PPK MADA telah menubuhkan empat (4) buah syarikat iaitu Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd (SPPM), Syarikat Muda Selatan Sdn. Bhd, Syarikat Muda Tiga Pendang Sdn. Bhd dan Syarikat Perabot Sdn. Bhd. Manakala, syarikat yang menjadi kebanggaan peladang MADA adalah merupakan SPPM dimana syarikat telah mampu memiliki bangunannya sendiri yang dikenali sebagai Menara Peladang.
NAMA | ANAK SYARIKAT | MODAL BERBAYAR (RM) | TARIKH PENUBUHAN | AKTIVITI UTAMA | PEMEGANG EKUITI |
SPPM | - SPPM Bina
- SPPM Services
- SPPM Edar
- SPPM Kimia
- SPPM Diversa
- Pasaraya Peladang
| 7,183,495 | 28 Jun 1975 | - Pengeluaran baja
- Pemasaran input pertanian
- Pembekal tanaman hiasan/ kontraktor landskap
- Kontraktor pembinaan (Kelas D)
| Semua PPK dan MADA |
Muda Selatan | - | 490,000 | 21 Jul 1987 | | 7 PPK Wilayah IV |
Muda 3 Pendang | - | 90,002 | 14 Nov 1994 | | 6 PPK Wilayah III |
SPPM Perabot | - | 150,000 | 1 Mac 1985 | - Pembekalan perabot
- Kerja pengubahsuaian
| SPPM PPK F-II PPK I-II PPK A-III PPK B-IV |
Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn Bhd (SPPM)
Latar Belakang Syarikat
Syarikat Perniagaan Peladang MADA atau SPPM telah ditubuhkan pada 28 Jun 1975 dengan modal permulaan berbayar sebanyak RM551,020. Idea penubuhan syarikat ini tercetus hasil daripada perbincangan di antara pemimpin-pemimpin peladang yang berhasrat supaya satu badan perniagaan diwujudkan bagi mewakili kepentingan peladang-peladang di dalam sektor perniagaan berasaskan pertanian.
Pada awal penubuhan SPPM, MADA melalui anak syarikatnya, Syarikat Perniagaan dan Perindustrian MADA Sdn.Bhd. (SPPI) merupakan pemegang syer utama sebanyak 51% dan bakinya dipegang oleh 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Struktur ekuiti syarikat telah berubah pada tahun 1986 apabila syarikat memerlukan pembiayaan untuk menampung kegiatan perniagaan yang semakin meningkat. Pihak Kementerian Pertanian pada ketika itu mahukan PPK memainkan peranan yang penting dan memegang ekuiti majoriti di dalam SPPM. Jesteru itu, setiap PPK bersetuju untuk menambah saham sebanyak RM30,000 dan setiap PPK telah mendapat pulangan bonus saham sebanyak RM35,000. Ini menjadikan jumlah saham bagi setiap PPK pada akhir tahun 1986 adalah sebanyak RM75,298.

Melalui pertambahan saham ini, struktur ekuiti telah berubah menjadikan modal sebanyak RM7,183,495 di mana SPPI hanya memegang saham sebanyak RM973,490 (13.6%) manakala PPK MADA menguasai saham sebanyak RM6,210,000 (86.4%)
Pengurusan Syarikat
SPPM adalah diterajui oleh seorang Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan MADA dan pemimpin-pemimpin Pertubuhan Peladang Kawasan Muda.

Objektif penubuhan
| (i) | Mewujudkan kesejahteraan ekonomi dan sosial petani-petani di kawasan MADA melalui PPK, iaitu dengan pengembelingan tenaga, fikiran dan wang ringgit petani. |
| (ii) | Membuka peluang kepada peladang melabur di dalam bidang perniagaan, perusahaan dan perindustrian. |
| (iii) | Menyediakan perkhidmatan kepada petani melalui aktiviti pembekalan dan pengembelingan bahan-bahan utama keperluan petani supaya mutu barangan yang dibekalkan dan harga adalah pada paras yang memuaskan. |
Aktiviti Syarikat
Di antara aktiviti utama syarikat yang dijalankan ialah pengeluaran pelbagai jenis baja, pemasaran input-input pertanian, pembekalan tanaman hiasan dan kontraktor pembinaan serta lanskap.
BIL | NAMA SYARIKAT | KEGIATAN UTAMA |
1 | SPPM Sdn. Bhd. (Syarikat Induk) | Menyelia pengedaran baja subsidi kerajaan daripada NAFAS dan melaksanakan kerja-kerja kontrak kerajaan. |
2 | SPPM Services Sdn. Bhd. | Pemborong untuk barang-barang dan perkhidmatan berkaitan dengan pertanian. |
3 | SPPM Bina Sdn.Bhd. | Kontraktor landskap dan jualan pokok. |
4 | SPPM Edar Sdn. Bhd. | Menjalankan perniagaan borong dan runcit beras serta lain-lain barangan keperluan asas.Berhenti beroperasi sejak Januari 2003. |
5 | Pasaraya Peladang Sdn. Bhd. | Menjalankan perniagaan pasaraya. |
6 | SPPM Kimia Sdn. Bhd. | Memproses dan menjual baja-baja pertanian. |
7 | SPPM Diversea Sdn. Bhd. | Menjalankan perniagaan menjual baja-baja pertanian. |