TEKNOLOGI - PADI
Pakej Teknologi Pertanian Tepat (Precision Farming)
Teknologi yang mengamalkan penggunaan input mengikut keperluan tanaman, masa, lokasi dan kadar yang bertepatan.
Muat Turun>> PTPT 1 PTPT 2
Tanaman Padi
Semenjak tahun 1980, penanaman padi secara tabur terus telah meningkat dengan pesatnya dalam kawasan Muda. Kaedah ini didapati dapat mengurangkan tenaga buruh dan peningkatan kos upah. Kaedah tabur terus yang diamalkan di kawasan Muda boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Tabur Terus Basah, Tabur Terus Kering dan Tabur Terus Dalam Air. Selain daripada menanam secara tabur terus, kaedah menanam dengan menggunakan jentanam juga diamalkan. Penggunaan jentanam dapat mempercepatkan masa menanam, menjamin kualiti benih yang dihasilkan serta memudahkan kawalan perosak dan penyakit yang terdapat di sawah.
Seterusnya>>
Pengurusan Air MADA (SPA)
Sistem Pengurusan Air MADA adalah bertujuan untuk menguruskan air dengan cekap penggunaan air. SPA menggunakan rangkaian Sistem Telemetri bagi mendapat maklumat turunan hujan dan paras air sebagai data input.
Seterusnya>>
Rice Check / Semakan Tanaman Padi
Senarai Semakan Tanaman Padi (Rice Check) adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti ditepati untuk pertumbuhan yang baik ke arah penghasilan tinggi. Pemantauan dan pemerhatian pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan, pengurusan air, pembajaan, serangan rumpai dan perosak dan tuaian adalah penting untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian masalah. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan disimpan data untuk panduan pengurusan musim selanjutnya.
Seterusnya>>
Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
IPM merupakan satu projek yang dijalankan secara integrasi untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak bertujuan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar. Diantaranya aktivit-aktiviti yang dijalankan di kawasan Muda termasuklah projek pemasangan sarang burung helang kucing, ternakan ikan keli di dalam sawah, ternakan itik Khaki Campbel bagi kawasan Siput Gondang Emas dan pemasangan Sistem Tanda Amaran.
Seterusnya>>