TIKUS ( Rattus Argentiveter )
Pengenalan
Tikus adalah antara perosak tanaman padi yang utama dikawasan Muda. Ia boleh mengakibatkan kerosakan padasemua peringkat tanaman padi. Tikus merupakan haiwan yang cepat membiak dan sepasang tikus mampu membiakan 500 ekor tikus dalam setahun.
Tanda-tanda Serangan Tikus
Serangan tikus akan menyebabkan kesan batang padiseperti dikerat. Kesan serangan dapat dilihat secara bertompok-tompok dan daun kelihatan kekuningan serta kering.
Kawalan Tikus
Kawalan tikus terbahagi kepada 4 kaedah iaitu:
1. Kawalan Secara Amalan Kultura
Bersihkan kawasan sawah dan taliair dari rumpai dan semak samun. Saiz batas bendang perlu dikecil dan direndahkan. Tanam padi serentak mengikut jadual.
2. Kawalan Secara Mekanikal
Kawalan secara mekanikal boleh dijalankan dengan menggunakan perangkap tikus, pemasangan pagar plastik dan pemasangan pagar zink. Aktiviti memburu dan membunuh tikus secara gotong-royong juga boleh dijalankan.
3. Kawalan Secara Biologi
Guna pemangsa seperti burung hantu/ helang kucing dan tingkatkan bilangan burung ini dengan menyediakan sarang buatan.
4. Kawalan Secara Kimia
Guna racun kimia mengikut kaedah mengumpan yang disyorkan. Letakkan satu ketul racun lilin setiap 10 langkah di tepi batas, lubang dan di tempat laluan tikus. Pengumpanan dimulakan seminggu sebelum menabur. Pengumpanan dijalankan setiap minggu selama 6 minggu atau sehingga racun tidak dimakan lagi. Elakkan penggunaan racun hitam (zink phosphide) yang membahayakan manusia dan haiwan lain. Pengumpanan dijalankan secara berkumpulan dan jangan lakukan kawalan secara kimia di kawasan yang mempunyai sarang burung helang kucing yang dihuni
 |  |
| Tikus Sawah | Kesan serangan tikus |
BENA PERANG ( Nilaparvata lugens )
Bahagian diserang : Pangkal batang pokok padi Peringkat diserang : Semaian hingga terbit.
Kerosakan dan tanda kerosakan:
Serangga dewasa dan anak jelmaan merosak pokok padi secara menghisap cairan pokok dan menyebabkan pembesaran pokok terbantut. Jika populasi perosak tinggi dan dibiarkan tanpa kawalan, rumpun padi akan menjadi kuning dan akhirnya kering. Keadaan ini disebut “hopper-burn”.
Edaran Hidup
Telur : 08 - 09 hari
Anak jelmaan : 12 - 14 hari
Dewasa : 12 - 18 hari
Kawalan
Kawalan bena perang boleh dijalankan dengan menanam varieti rintang kepada bena perang contohnya MR 219. Jangan guna baja nitrogen berlebihan dan amalkan penanaman serentak. Sembur racun serangga yang disyorkan apabila populasi bena perang mencapai 20 ekor dewasa/perdu dan 50 ekor anak/perdu. Jenis racun yang disyorkan adalah buprofezin, buprfezin + isoprocarb, imidacloprid, fipronil dan thiamethoxam.
 |  |  |
Kitaran Hidup Bena Perang | ‘Hopper Burn’ | Bena Perang Dewasa |