
LATARBELAKANG YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA (YPPM)
Yayasan telah ditubuhkan di bawah akta lembaga kemajuan pertanian muda 1972 – perintah lembaga kemajuan pertanian muda (yayasan pelajaran persatuan peladang dan pertubuhan peladang mada) 1982. Penubuhannya telah dirasmikan pada 7 Jun 1983 oleh Y.B. Menteri Pertanian Malaysia bertempat di Negeri Perlis Indera Kayangan. Tujuan penubuhan YPPM adalah untuk :
- Menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pelajaran ahli dan anak – anak ahli.
- Menubuhkan dan menyenggara biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan lain kepada ahli dan anak – anak ahli bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.
- Menjalankan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai untuk menambah peluang pelajaran kepada ahli dan anak – anak ahli.
PRESTASI YAYASAN PELAJARAN PERTUBUHAN PELADANG MADA (YPPPM) SEHINGGA 31 DISEMBER 2010
| BIL | AKTIVITI-AKTIVITI | KETERANGAN | BILANGAN PENERIMA KESELURUHAN (SEHINGGA 31 DISEMBER 2010) | BILANGAN PEMBERIAN KESELURUHAN (SEHINGGA 31 DISEMBER 2010) |
(ORG) | (RM) |
| 1 | BIASISWA KECIL (TINGKATAN 1 HINGGA 5) | Bantuan kepada anak-anak ahli PPK MADA yang telah mencapai kecemerlangan dalam UPSR dan kepada mereka yang kurang berkemampuan. | 1,046 | 1,806,595 |
| 2 | KELAS TAMBAHAN | Dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah menengah. | 252,678 | 428,803 |
| 3 | BANTUAN PAKAIAN SERAGAM | Meringankan bebanan ahli-ahli PPK MADA terutama yang kurang berkemampuan. | 12,369 | 449,650 |
| 4 | BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM | Membantu dan memberi saguhati kepada anak-anak ahli PPK MADA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. | 9,856 | 928,200 |
| 5 | ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG | | 518 | |
| 6 | BANTUAN PELAJARAN ANAK AHLI TERMISKIN | Kaedah pelaksanaannya ialah berdasarkan kepada anak ahli termiskin dalam sesebuah PPK dan tidak berdasarkan kecemerlangan dalam akademik. | 274 | 305,640 |
| 7 | KURSUS MOTIVASI PEMEGANG BIASISWA | Kursus ini diberikan kepada Pemegang biasiswa kecil Yayasan yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. | 1,887 | 526,012 |
| 8 | KURSUS MOTIVASI UPSR | Untuk anak-anak ahli PPK MADA yang akan menduduki peperiksaan UPSR. | 18,212 | 264,851 |
JUMLAH | | 296,840 | 4,784,193 |


