Sejarah Penubuhan  MADA


            Rancangan Pengairan Muda ( RPM ) dilancarkan pada tahun 1965 dengan bantuanpinjaman Bank Dunia dan pada masa itu merupakan projek pembangunan " in-situ" yang terbesar di Malaysia.

           Penyelarasan dan integrasi di antara berbagai jabatan kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan RPM telah disedari kepentingannya. Selain daripada jabatan -jabatan di bawah Kementerian Pertanian ( JPT Persekutuan, JPT Negeri Kedah dan Perlis, Jabatan Pertanian Persekutuan & Jabatan Pertanian Kedah & Perlis ) Jabatan - jabatan lain yang terlibat pada masa itu adalah JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perhutanan & lain - lain. Isu-isu baru seperti pemasaran padi dan kredit input pertanian yang tidak ada pengendalian oleh jabatan-jabatan pada masa itu telah dikenalpasti sebagai faktor penting dalam program pembangunan RPM. 

            Pada tahun 1967 sebuah pejabat penyama RPM ( PPRPM ) telah diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dengan fungsi utama untuk membentuk satu 'Integrented implementation plan' dan seterusnya menyelaras aktiviti berbagai agensi yang terlibat didalam plan pembangunan. Sejak permulaan lagi PPRPM tidak dapat berfungsi dan bertindak dengan berkesan kerana berbagai faktor seperti kekurangan kuasa eksekutif terhadap jabatan-jabatan pelaksana, kurang kemampuan teknikal dan lain-lain. Selain itu pejabat PPRPM ditempatkan di Kuala Lumpur sedangkan isu-isu yang memerlukan keputusan dan tindakan yang segera terdapat di lokasi projek di Negeri Kedah dan Negeri Perlis.

          Menjelang tahun 1969, walaupun kerja-kerja pembangunan infrastruktur asas RPM telah dilaksanakan dengan baik tetapi aspek-aspek lain seperti pengembangan pertanian, motivasi peladang, kemudahan kredit input dan isu-isu pemasaran masih masih lagi tidak diberi tumpuan sewajarnya untuk menjayakan program pelaksanaan selepas siapnya infrastruktur fisikal. kerajaan pada tahun 1969 berpendapat bahawa satu mekanisme yang berkesan untuk mnegintegrasi aktiviti berbagai jabatan perlu diwujudkan.

          Penubuhan MADA sebagai badan berkanun pada Jun 1970 telah mengambil kira segala aspek " Inter-departmental integration " dan beberapa isu lain yang dijangka akan mempengaruhi perlaksanaan program pembangunan di RPM.

            i )    Penubuhan MADA membenarkan " effective operational integration " antara Jabatan Parit  dan Taliair, Jabatan Pertanian dan Gerakan Persatuan Peladang ( yang mana pada masa itu ada dibawah kawalan Jabatan Pertanian ) di bawah satu " executive atauthority ". " Integrated Implementation Plan For The Muda scheme " dapat dibentuk buat pertama kali. Dengan penubuhan MADA pihak JPT dan Jabatan Pertanian menyerah segala fungsi perancangan dan perlaksanaan program pembangunan kepada MADA. Pihak berkuasa Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis turut mendelegasikan kepada MADA fungsi-fungsi  penyelenggaraan dan pengendalian pengairan dan fungsi pengembangan pertanian yang mana sebelum itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Kuasa penyeliaan dan pembangunan gerakan Persatuan Peladang turut ditugaskan kepada MADA.

          ii )    Pengendalian & Penyelengaraan infrastruktur pengairan dan saliran yang dibina di bawah RPM meliputi 2 buah empangan besar, struktur besar ( >3,000 km taliair, parit dan jalan ladang ) dan beribu pembinaan kawalan air lain, memerlukan peruntukan kewangan yang luar daripada kemampuan Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Penubahan sebuah agensi kerajaan pusat peringkat negeri membenarkan pembiayaan 'O & M' yang cukup melalui peruntukan langsung daripada Federal Budget supaya kerja-kerja penyelengaraan dan pengendalian dapat dilakukan pada tahap yang berkesan.

            iii )    Isu pembahagian air di antara Negeri Kedah dan Perlis juga menjadi   satu faktor yang mengujudkan MADA. Kedua-dua empangan ( Muda & Pedu ) dan hampir semua " uncontrolled flow " bagi tanaman padi dua kali setahun terdiri daripada Negeri Kedah manakala 20% daripada kawasan RPM terletak di Negeri Perlis. Dengan sebab sumber-sumber air adalah di bawah kawalan pihak berkuasa negeri di bawah perlembagaan, adalah dikhuatiri isu-isu pembahagian air antara negeri akan timbul terutamanya pada tahun-tahun dimana takungan air di kedua-dua empangan berkurangan. Dengan penubuhan MADA Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyerahkan kepada MADA fungsi-fungsi pembahagian dan kawalan air. Perkara ini amat rumit dilakukan sekiranya RPM dikendalikan oleh dua ( 2 ) buah jabatan asing di Negeri Kedah dan Perlis.


|| Pentadbiran | Pengairan | Niagatani | Kredit | Pengembangan | Khidmat Sosial | Projek Khas/Kontrek |KPM/KPW | PSSP ||
|| Home ||