STRUKTUR ORGANISASI MADA
imej5

Bagi mencapai cita-cita penubuhan seperti yang terkandung dalam ucapan perasmian oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, struktur organisasi MADA telah disusun menggabungkan peranan beberapa jabatan yang penting yang berkaitan secara langsung dengan perlaksanaan Rancangan Pengairan Muda. Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian di dalam Kawasan Muda masing-masing diserap menjadi Bahagian Kejuruteraan MADA dan Bahagian Pertanian MADA.

Melalui percantuman ini perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan, pertanian dan pergerakkan Persatuan Peladang telah dapat diselaraskan di bawah satu organisasi yang kukuh seperti mana yang telah ditegaskan oleh Pengurus Besar MADA yang pertama, Encik Mohd Tamin B. Yeop dalam taklimat pembukaan kepada mesyuarat sulung Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA di Telok Chengai, Alor Setar pada 8 Julai 1970.

KOMPLEKS IBU PEJABAT YANG TELAH DIBINA
Satu kawasan seluas 43 ekar di Ampang Jajar Pasang Surut, Lencong Barat, Alor Setar kini telah berdiri dengan kukuh dan megah serta ianya diberi nama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ia dijadikan kawasan kompleks Ibu Pejabat MADA seperti yng ditunjukkan dalam Pelan Tataletak.

IBU PEJABAT
ibupejabatSerentak dengan pertukaran Pejabat Pegawai Penyama Projek kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda pada 30 Jun 1970, bangunan sementara Pejabat Pegawai Penyama Projek di Telok Chengai yang diperbuat daripada kayu itu telah menjadi Ibu Pejabat MADA. Ia menempatkan Pejabat Pengurus Besar, Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Ketua Bahagian Pertanian.

Pejabat-pejabat tersebut (kecuali Pejabat Ketua Bahagian Pertanian yang telah berpindah ke satu bangunan sementara yang lain di Ampang Jajar) masih lagi menggunakan bangunan sementara yang lama itu sehingga ke hari ini setelah 46 tahun MADA ditubuhkan. Pejabat Ketua Bahagian Kejuruteraan MADA telah menumpang dan seterusnya mengambil alih bangunan sementara peninggalan Pejabat Pengarah Projek Rancangan Pengairan Muda di Jalan Langgar. Kedudukkan pejabat-pejabat Bahagian terpenting yang berjauhan dan kesesakkan ruang pejabat yang dihadapi itu telah menimbulkan kesukaran dari segi melaksanakan program-program pembangunan dan juga operasi.

Pages: 1 2 3 4