Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Projek Halia PPK MADA B – III, Alor Senibong. Projek tersebut merupakan projek dibawah Program Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRE) bertempat di Alor Senibong.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat mengenai operasi projek dan pemasaran halia yang telah dituai. Turut hadir bersama, Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Projek Halia PPK B-III, Alor Senibong ini berkeluasan seluas 3 relong. Projek ini telah bermula pada bulan November 2020 dan mempunyai tanaman Halia Bentong sebanyak 6 ribu polibeg.