Program Penyampaian Sumbangan CSR MAFI PRIHATIN – MADA ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA kepada petugas-petugas ‘frontliners’ yang bertungkus-lumus mengekang penularan wabak COVID-19.

Turut hadir bersama, Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam Bin Abd Samat, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau Yan, Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA, serta Puan Engku Mazlin Binti Engku Halin, Pengurus MADA Wilayah-IV, Kota Sarang Semut.

Sejumlah 2,400 botol (100 karton) air minuman MADA, 5 batang signboard stand size A3, 90 bag berupa barangan produk-produk IAT Usahawan MADA kepada petugas-petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah