Majlis Amanat Tahun 2022 oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada warga MAFI hari ini menekankan berkaitan cabaran serta halatuju MAFI dalam memperkasakan industri makanan selari dengan pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Selain itu, beliau turut menekankan pemerkasaan terhadap subsektor padi dan beras dengan pelaksanaan Program SMART SBB yang terbukti mampu meningkatkan pendapatan dan produktiviti pesawah serta pengusaha. Inilah manifestasi peranan MAFI sebagai penjamin bekalan makanan negara agar ianya sentiasa mencukupi dan tersedia kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Turut hadir ke Majlis Amanat Tahun 2022 adalah YB Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pengerusi MADA, Ybrs. Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar MADA serta Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Encik Nik Kun b. Nik Man.

bitwar watermark expert crack