Bengkel Pemurnian Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) MADA yang diadakan selama 2 hari ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam organisasi. Selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di bawah inisiatif 2.1.5, yang mewajibkan sektor awam dan inisiatif 6.2.1 yang mewajibkan Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan, Syarikat Terhad Dengan Jaminan dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP.

Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan Integriti dalam Perniagaan.

NACP menggariskan wawasan jangka panjang tindakan antirasuah ke arah negara bebas rasuah menerusi 115 inisiatif untuk dilaksanakan. Melalui enam strateginya, NACP akan memastikan usaha pembanterasan rasuah diperkemas di kalangan aktor politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan dan pihak yang berkepentingan. Para pemegang taruh dijangka membangunkan OACP dalam manangani isu integriti, tadbir urus dan antirasuah di organisasi masing masing. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan inisiatif-inisiatif yang akan digariskan di dalam Pelan Anti Rasuah Organisasi MADA 2022-2027.