Majlis Penyampaian Geran Bantuan Kerajaan Wilayah II, Jitra dan Pelancaran Kedai Barang Bekalan Ladang (BBL) telah disempurnakan oleh YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA bertempat di PPK MADA E-II, Kubang Sepat.

Bagi merancakkan aktiviti pengumpulan jerami, MADA mendapat kelulusan peruntukkan sebanyak RM1,000,000 untuk pembelian mesin baler, wrapper jerami, naiktaraf 10 buah pusat pengumpulan jerami sedia ada di Kawasan Muda dan pertambahan usahawan projek Jerami. Tahun 2022, pihak MADA akan menyerahkan sebanyak 7 buah mesin baler dan sebuah wrapper jerami kepada PPK dan usahawan dibawahnya.

Majlis hari ini menyaksikan penyampaian geran mesin baler keluaran MASHIO kepada PPK H-II Kepala Batas dan usahawan jerami MADA dengan nilai sebanyak RM120,000 sebuah. Mesin baler keluaran MASHIO ini merupakan mesin yang baru diperkenalkan di Kawasan MADA dengan saiz bale jerami yang lebih kecil (20kg).

Kemudian YB Pengerusi MADA turut berkesempatan merasmikan pembukaan Kedai Barang Bekalan Ladang (BBL) oleh MADACorp bertempat di PPK MADA E-II, Kubang Sepat. Kedai ini merupakan salah satu inisiatif untuk memudahkan para peladang mendapatkan keperluan barangan ladang. Dipenghujung majlis, YB Pengerusi MADA menyampaikan Zakat NAFAS kepada 40 orang asnaf daripada PPK MADA E-II, Kubang Sepat.