Majlis Pelancaran Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Di Kawasan Muda yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan bertempat di Perkarangan PPK MADA C-IV, Kangkong.

Pelaksanaan Program SMART SBB hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara MADA dan BERNAS yang disempurnakan oleh Pengurus Besar MADA dan Pengurus Besar BERNAS. MoU ini adalah untuk memperincikan komitmen yang perlu diberikan oleh pihak BERNAS kepada peladang-peladang MADA yang menyertai Program SMART SBB.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, YB Azman bin Nasrudin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB NurulHisham bin Yaakob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Syeikh Haji Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah, YBhg. Datuk Haji Zamri bin Yaakob, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan YBhg. Encik Norhisham bin Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pengurusan Ladang, BERNAS.