MADA membuka tirai HPPNK 2022 dengan melaksanakan MADA DAY dimana pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk pengunjung yang hadir antaranya senamrobik, demontrasi masakan bersama Chef Din, pertandingan badang mada, teka berat gemai padi dan juga taklimat perkeso. MADA Day turut menyaksikan penyertaan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Pengurus Besar MADA untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana disamping mempromosikan MADA kepada pengunjung-pengunjung.

Booth Pameran MADA telah dibahagikan kepada 4 kluster utama yang bertemakan ‘Digital Agro Transformation’ dimana penekanan berkaitan ‘Pertanian Pintar’ iaitu (Smart Farming) telah diketengahkan kepada pengguna pengintegrasian teknologi terkini dalam bidang pertanian. Booth Pameran MADA juga tidak lekang dari lawatan-lawatan kerja seperti YAB. Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB. Tuan Azman bin Nasruddin, Exco Pertanian dan Industri Makanan Kedah selaku tuan rumah dan lain-lain lagi.