Seusai Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Bulan Mei & September 2021 Bagi Kawasan Wilayah 1 MADA Perlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, aktiviti diteruskan dengan Sesi Libat Urus YB. Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA bersama pegawai-pegawai dan kepimpinan peladang Wilayah I, MADA Perlis.

Sesi libat urus ini menjurus kepada taklimat penerangan berkaitan halatuju MADA ke arah kelangsungan industri padi di Kawasan Muda. Semasa majlis berlangsung, Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA turut menyempurnakan penyerahan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Sektor Tani Pendaftaran & Caruman Peladang MADA Wilayah 1, MADA Perlis sebanyak RM18 966.20 kepada Tuan Basharudin Bin Khalid, Pengarah PERKESO Perlis disaksikan oleh Pengerusi MADA.

Program Descargar