Program Kacau Bubur Lambuk Perdana Bersama Pengerusi Mada Tahun 2022 ini telah diadakan bersempena dengan bulan Ramadan dimana ianya telah disempurnakan oleh YB. Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA bertempat di Konkos, Ibu Pejabat MADA. Sebanyak 30 kawah bubur lambuk disediakan secara bergotong-royong untuk diagihkan kepada keluarga peladang di Kawasan Muda.

Program bermula pada 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari ini telah disertai oleh 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA. Peserta program ini terdiri daripada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PPK MADA, Kumpulan Peladang Muda (KPM) dan Kumpulan Peladang Nita (KPN) bersama-sama pegawai dan kakitangan MADA dari Pejabat Pengurus Besar MADA dan Kelab PUSPANITA MADA.

Inisiatif ini adalah bagi meraikan sambutan bulan mulia ini iaitu bulan Ramadhan dan merupakan satu langkah mengeratkan jalinan mesra sesama pegawai dan kakitangan sambil menghayati keberkatan bulan Ramadhan.