Program Penyerahan Sumbangan Rezeki Ramadan MADA Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YB. Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA telah diadakan bertempat di PPK F-IV MADA, Sungai Limau. Program yang diadakan ini adalah untuk menyemarakkan dan memantapkan lagi hubungan silaturrahim, baik sebagai kakitangan kerajaan, sahabat handai dan seterusnya sesama kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini, untuk bekerja bersama-sama memakmurkan bumi Allah SWT dengan penuh keikhlasan.

Bersempena dengan Program Sumbangan Rezeki Ramadhan pada tahun ini, pihak MADA berbesar hati untuk memberikan sedikit sumbangan kepada seramai 30 warga agensi yang terdiri daripada warga kerja kumpulan sokongan H-11. Kakitangan -kakitangan ini merupakan asset yang penting yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak pengurusan MADA dan PPK. Diharapkan semua kakitangan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan setiap kerja yang diberikan.

Turut hadir dalam program tersebut YB. Tuan Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Yan dan YB. Mohd Azam bin Abdul Samat, ADUN Sungai Limau Yan.