Pada 21 Jun 1973, kerajaan telah menggubal dan mewartakan Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) khusus untuk menyusun semula Persatuan-Persatuan Peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, Persatuan-Persatuan Peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi Unit Ahli kepada Pertubuhan Peladang.

Pada tahun 1974, 3 buah lagi PPK ditubuhkan menjadikan kesemuanya berjumlah 27 buah PPK di bawah pengurusan dan kawalselia MADA . Sebanyak 24 buah Persatuan Peladang berada di dalam Rancangan Pengairan Muda terdiri daripada 5 di dalam Negeri Perlis dan 19 di dalam Negeri Kedah diletakkan di bawah kendalian MADA.

Selepas 25 tahun iaitu diakhiri 1992 keahlian telah meningkat ke 44,306 orang yang mencarum RM6.413 Juta modal saham. Sebanyak RM46.675 Juta nilai harta telah dapat dikumpulkan. Keuntungan bersih mencapai RM3.603 Juta melalui isipadu perniagaan sebanyak RM34.134 Juta.

Sehingga kini, sebanyak 45,500 orang peladang telah menjadi ahli PPK dengan modal saham sebanyak RM 13.206 Juta, isipadu perniagaan sejumlah RM 91.231 Juta dan keuntungan bersih mencapai RM 7.973 Juta.

OBJEKTIF PENUBUHAN PPK (PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN)

• Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli
• menambahkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli
• meningkatkan hasil dan pendapatan ahli
• membaiki cara hidup ahli
• mewujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatupadu

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10