AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN :-

Aktiviti Pendidikan :-
Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan yang bertujuan menggalak, mendidik, memaju dan membantu kemajuan anak-anak ahli PPK MADA dalam bidang pelajaran serta penambahbaikan dalam pengurusan biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan kepada ahli ataupun anak ahli bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.

A) Biasiswa Kecil
Aktiviti ini mula dilaksanakan pada tahun 1984. Pemberian biasiswa ini bertujuan sebagai galakkan kepada anak-anak ahli PPK MADA yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum ketika di sekolah rendah. Pemegang biasiswa mendapat manfaat ini dari Tingkatan 1 hingga 5.
i) Kriteria pemilihan Biasiswa Kecil YPPPM
ii) Borang permohonan Biasiswa Kecil

B) Kelas Tambahan
Aktiviti ini dimulakan pada tahun 1985 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah dalam kawasan MADA.
Syarat dan Prosedur tuntutan bayaran kelas tambahan

C) Sumbangan Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Aktiviti ini dimulakan sejak tahun 1986 bertujuan membantu dan memberi saguhati kepada anak-anak ahli PPK MADA yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA (tempatan).
SOP tuntutan bayaran sumbangan IPTA

D) Anugerah Pelajar Cemerlang
Pemberian Anugerah Pelajar Cemerlang telah dimulakan pada tahun 1989 sebagai pengiktirafan kecemerlangan yang dicapai oleh anak-anak ahli PPK MADA dalam peperiksaan PT3, SPM, STPM dan STAM.
i) Kriteria pemilihan Anugerah Pelajar Cemerlang
ii) Borang Permohonan Anugerah Pelajar Cemerlang PT3
iii) Borang Permohonan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM
iv) Borang Permohonan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & STAM

E) Bantuan Pelajaran Anak Ahli Kurang Berkemampuan
Bantuan ini mula diberikan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk meringankan bebanan ahli PPK MADA yang kurang berkemampuan tanpa mengira keputusan akademik pelajar. Pemilihan adalah ditetapkan oleh Jemaah Pengarah PPK.

F) Kursus Intensif Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM
Kursus ini diberikan kepada Pemegang Biasiswa Kecil YPPPM yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM.

G) Kursus Motivasi UPSR
Kursus ini diberikan kepada anak-anak ahli PPK MADA yang akan menduduki Peperiksaan UPSR.
Borang Permohonan Kursus Motivasi UPSR

H) Bantuan Pakaian Seragam
Aktiviti ini dimulakan pada tahun 1986 bertujuan meringankan bebanan ahli-ahli PPK MADA yang kurang berkemampuan.

 

Pages: 1 2 3