img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 21 Januari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 @ BALING – KEDAH

04, Sep 2025
Program MADANI Rakyat 2025 merupakan inisiatif berimpak tinggi anjuran Kerajaan Persekutuan yang bertujuan merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara terus di peringkat akar umbi. Bagi tahun 2025, Daerah Baling, Kedah telah dipilih sebagai salah satu lokasi penganjuran siri jelajah PMR peringkat negeri. Penganjuran program ini memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung, termasuk khidmat nasihat, pendaftaran, bantuan, pemeriksaan kesihatan, pameran teknologi, serta jualan murah barangan keperluan asas. Selain itu, ia juga menjadi platform libat urus antara agensi kerajaan dengan masyarakat tempatan bagi menyalurkan maklum balas dan mempertingkat mutu perkhidmatan awam.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Jabatan / Agensi di bawahnya juga turut serta dalam program ini sebagai agensi pelaksana sektor pertanian di Negeri Kedah, dengan mengetengahkan pelbagai inisiatif, bantuan, program pembangunan peladang serta peluang keusahawanan tani moden. Penyertaan KPKM dalam PMR 2025 @ Baling turut memperkukuh peranan Kementerian, Jabatan serta Agensi dalam menyampaikan maklumat secara lebih dekat kepada golongan sasar, terutamanya peladang, penternak serta nelayan dan komuniti luar bandar. Program ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kesejahteraan rakyat, keterangkuman dan penyampaian perkhidmatan yang efisien, adil dan menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi