img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 21 Januari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS PELUNCURAN JENTERA MADA RICE TRAINING CENTRE (MRTC) DI BAWAH PERUNTUKAN PROGRAM MEKANISASI DAN AUTOMASI 2025

30, Sep 2025
Majlis Peluncuran Jentera MRTC di Bawah Program Mekanisasi dan Automasi Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA, bertempat di Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang. MADA Rice Training Center (MRTC) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pusat latihan utama dalam industri padi negara menerusi penambahan jentera moden bernilai RM510,000 yang diperoleh melalui peruntukan di bawah Program Mekanisasi dan Automasi Tahun 2025. Inisiatif ini merupakan satu langkah strategik ke arah memperkasa bidang TVET pertanian moden, selaras dengan keperluan Revolusi Perindustrian 4.0 dan menyokong agenda keterjaminan makanan negara. Dengan kemudahan latihan berteknologi tinggi, modul pembelajaran berasaskan inovasi serta pensijilan yang diiktiraf, MRTC bersedia menjadi pemacu transformasi sektor padi negara. MRTC juga beriltizam untuk menarik minat generasi muda menyertai bidang pertanian berteknologi sebagai kerjaya masa depan yang berpotensi tinggi, seterusnya memastikan kelestarian industri padi negara terus terjamin.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi