img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 21 Januari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN PENGERUSI MADA KE KAWASAN PADI TENGGELAM WILAYAH III PENDANG

06, Oct 2025
Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bersama-sama Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA serta pegawai-pegawai kanan MADA telah turun padang meninjau keadaan sawah padi di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA D-III (Kampung Alor Pak Ngah dan Kampung Permatang Limau – Blok CCRBD 5 & 5A) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA A-III (Kampung Alor Jawi – Blok CCRBD 2) yang terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Sehingga kini, sebanyak 624 hektar kawasan penanaman padi dilaporkan terjejas, dengan sebahagian kawasan masih digenangi air walaupun ada yang telah mula surut. Lawatan ke lokasi memberikan gambaran sebenar terhadap kesukaran yang sedang dihadapi oleh para pesawah. Pihak MADA kini sedang menunggu arahan rasmi daripada Jabatan Pertanian bagi melaksanakan penilaian kerosakan sebelum sebarang proses tuntutan pampasan atau insurans dapat dimulakan.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi