img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 15 Disember 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS ANUGERAH TOP 20 PUSAT AGROPELANCONGAN KPKM 2025

08, Oct 2025
Program Pembangunan Agropelancongan yang bermula sejak 2016 bertujuan menyokong pembangunan pusat pelancongan berasaskan pertanian. Ia memberi pengalaman langsung kepada pengunjung melalui aktiviti seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Bagi memperkukuh sektor ini, KPKM menyediakan geran bantuan sehingga RM200,000 kepada usahawan yang layak. Geran ini bertujuan membina dan menaik taraf infrastruktur pusat agropelancongan oleh golongan sasar, dengan syarat dan kriteria tertentu. Ia membantu meningkatkan kemudahan prasarana serta menyokong pemerkasaan ekonomi masyarakat tani melalui kepelbagaian sumber pendapatan dan peluang pekerjaan baharu.

Bagi pelaksanaan Program Agropelancongan dari tahun 2021 hingga 2024 yang dipantau, sebanyak 34 pusat agropelancongan mencapai nilai jualan tahunan melebihi RM300,000 dengan 11 daripadanya mencecah nilai jualan tahunan melebihi RM1 Juta. Buat julung-julung kalinya Anugerah TOP 20 ini diperkenalkan bagi menghargai komitmen para pengusaha pusat agropelancongan yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan mencapai nilai jualan tahunan melebihi RM300,000. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi