Bagi menyokong kelestarian keterjaminan makanan, MADA telah melaksanakan pelbagai program di bawah Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Agromakanan yang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Antara program utama termasuklah Agropreneur Muda, Agropelancongan, Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P), Pembangunan Produk dan Penjenamaan (2P), serta Program Modal Insan. MADA turut melaksanakan projek berasaskan sumber tempatan seperti pemerkasaan ekonomi melalui guna semula jerami padi dan akuakultur. Sehingga 30 September 2025, keseluruhan usahawan-usahawan di bawah bimbingan MADA telah mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM160 Juta.
Sehubungan itu, penganjuran Karnival Rancak Industri Makanan MADA 2025 yang diadakan selama tiga (3) bermula hari ini telah diwujudkan sebagai satu platform strategik untuk memperkasa usahawan tempatan melalui aktiviti pemadanan perniagaan, pameran produk, dan perkongsian ilmu. Selain dari memperkenalkan produk-produk usahawan MADA, ianya juga adalah satu langkah yang tepat dan selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membina sebuah ekosistem perniagaan yang inklusif dan mampan.
Turut sama hadir memeriahkan karival yang berlangsung selama tiga (3) hari ini iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA),Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar) serta Yang Berusaha Encik Mohamad Irwan Abdul Ghani (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Agropelancongan – KPKM) mewakili Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Haniff Hassan (Setiasuaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani – KPKM).
#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja
.jpg)