Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA pada hari ini telah mangadakan sesi kunjungan hormat dan lawatan turun padang ke atas Yang Berbahagia Bridget Jeneral Azman Taib, Komandan Kolej Tentera Udara Alor Setar bagi membincangkan kerjasama strategik serta tadbir urus sistem saliran pengairan di Kawasan Muda. Hubungan erat di antara agensi MADA bersama-sama Kolej Tentera Udara Alor Setar ini diharapkan dapat memperkukuh sinergi strategik dalam memastikan kelestarian pengurusan sumber air serta kesiapsiagaan infrastruktur pengairan di Kawasan Muda. Kolaborasi ini bukan sahaja membuka ruang kepada perkongsian kepakaran teknikal dan logistik, malah turut menjadi platform penting dalam mempertingkat kecekapan operasi serta keselamatan aset kritikal negara. MADA komited untuk terus menjalin hubungan strategik dengan pelbagai pihak demi menjamin kelangsungan sektor pertanian negara secara mampan dan berdaya tahan. Turut sama hadir di dalam sesi ini adalah Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal) serta pengarah-pengarah bahagian MADA.
#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja
.jpg)