img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 21 Januari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MADA KE ATAS KETUA SETIAUSAHA MOTAC

22, Oct 2025
Sesi Kunjungan Hormat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA ke atas Yang Berbahagia Dato' Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah diadakan bertempat di Menara 1, Bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Putrajaya. Objektif utama kunjungan hormat ini diadakan ialah bagi mengeratkan kerjasama erat dua (2) hala antara Kementerian serta Agensi Persekutuan iaitu MADA serta membincangkan program-program bantuan yang dapat dijalankan secara kerjasama melibatkan pembangunan usahawan Agropelancongan MADA sekaligus mempromosikan tempat-tempat tarikan usahawan agropelancongan di Kawasan Muda (MADA).

Pertemuan dua (2) hala ini dijangka dapat menghasilkan natijah yang positif serta mampu membuka lembaran baharu kerjasama strategik untuk dijadikan punca kuasa bagi kedua-dua pihak berkolaborasi. Pihak pengurusan tertinggi MADA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih khususnya kepada seluruh kepimpinan pengurusan tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) di atas kesudian menerima kunjungan ini dan mengharapkan agar seluruh warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta Jabatan / Agensi di bawahnya dapat terus gah mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia serta produk-produk pelancongan sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Turut sama hadir mengiringi Pengerusi MADA ke kunjungan hormat ini adalah Tuan Ir. Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal), Encik Rozaidi Sharee (Timbalan Pengurus Besar - Pertanian), serta Puan Siti Syaheeda Sobbihi (Pengarah Bahagian Industri Makanan dan Usahawan).



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi