Majlis Prapelancaran MAHA 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertempat di Dewan D-2, MAEPS Serdang. MAHA 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 menyasarkan 4 juta pengunjung, dengan impak ekonomi melalui MoU dan MoA bernilai RM8 bilion serta nilai jualan dianggarkan RM58 juta. Penganjuran ini turut melibatkan lebih 2,000 pempamer dan penyertaan 800,000 belia menerusi pelbagai program inovasi dan keusahawanan. Mengangkat tema Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan, MAHA 2026 berperanan sebagai platform utama sektor agromakanan negara, menghimpunkan petani, usahawan, pelabur dan penginovasi bagi memacu transformasi industri pertanian yang moden, mampan dan berdaya tahan. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA dan Yang Berusaha Encik Zulkifli bin Romli, Pengurus Besar MADA bersama pegawai-pegawai MADA, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan MADA terhadap agenda keterjaminan makanan negara selari dengan aspirasi MAHA 2026.
#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi
BERITA LAIN