Mesyuarat Lembaga Pengarah MADA Bil. 4/2025 telah berlangsung dengan jayanya, dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA, bertempat di Bilik Langkasuka, Ibu Pejabat MADA. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta barisan Pengurusan Tertinggi MADA, sebagai platform utama perbincangan dan penetapan hala tuju strategik organisasi, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memacu pembangunan sektor pertanian di bawah seliaan MADA.
#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi
BERITA LAIN