Satu sesi libat urus strategik telah diadakan melibatkan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bersama Ikon Usahawan Padi MADA Peringkat Wilayah IV, bertempat di Projek Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) Sematang Pinang, Kuala Kedah. Sesi pertemuan ini menjadi platform penting bagi pertukaran pandangan, perkongsian idea serta cadangan bernas, ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara MADA dan para usahawan padi. Usaha ini selari dengan komitmen berterusan MADA dalam meningkatkan produktiviti, memperkasa keusahawanan peladang serta memastikan kelestarian industri padi, khususnya di bawah seliaan MADA demi menjamin keterjaminan makanan negara.
#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi
BERITA LAIN