img-header-mada
img-header-cnt
Sabtu, 14 Februari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS APRESIASI MASPRO MADA 2025

23, Dec 2025
Program Mekanisasi Perkhidmatan Profesional (MASPRO) merupakan inisiatif strategik jangka panjang oleh MADA bagi memperkasa pengusaha jentera sebagai pembekal perkhidmatan mekanisasi pertanian yang profesional, berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Selari dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2.0, MASPRO menyokong transformasi menyeluruh sektor padi melalui penggunaan teknologi, mekanisasi pintar dan tadbir urus ladang yang lebih sistematik serta berintegriti. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh manual, serta membina ekosistem perkhidmatan mekanisasi yang mampan. MADA menyasarkan penyertaan 60 ahli baharu setiap tahun bagi membentuk rangkaian 300 ahli MASPRO dalam tempoh lima tahun.

Penganugerahan status MASPRO Premier oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi kepada lima pembekal perkhidmatan pertanian menandakan pencapaian penting dalam usaha mewujudkan standard industri yang lebih tinggi, merangkumi aspek profesionalisme, keselamatan pekerjaan dan kompetensi operasi, sekali gus memartabatkan sektor pertanian sebagai kerjaya profesional dan tulang belakang keselamatan makanan negara. Turut sama hadir dari pihak pengurusan tertinggi MADA iaitu Tuan Engineer Nor Effarizan Ismail, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran serta Puan Nik Fazlina Nik Ahmad, Pengarah Bahagian Pengurusan Wilayah.

#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi