img-header-mada
img-header-cnt
Sabtu, 14 Februari 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

BENGKEL TADABBUR & TAHSIN AL-QURAN ANJURAN BIRO JAWATANKUASA SURAU MADA

07, Jan 2026
Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi perlu difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Bersempena penggal akhir cuti sekolah, Biro Jawatankuasa Surau MADA telah menganjurkan Bengkel Tadabbur Al-Quran & Sirah Nabawi (Teknik Kartun Gogi) serta Bengkel Tahsin Al-Quran khusus untuk anak-anak kakitangan MADA berumur 6 hingga 17 tahun selama dua (2) hari bermula dari 6 hingga 7 Januari 2026. Bengkel ini memberi pendedahan interaktif dalam memahami mesej Al-Quran, meneladani perjalanan hidup Rasulullah SAW serta memperindah bacaan Al-Quran dengan hukumn tajwid yang betul, fasih dan lancar. Bengkel ini turut disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Dhia Ul Rahman Ab Manan selaku Pengerusi Biro Jawatankuasa Surau MADA di mana beliau turut menyatakan di dalam ucapan aluannya bahawa penganjuran bengkel seumpama ini bukan sekadar mengisi masa lapang anak-anak sepanjang cuti persekolahan, malah bertujuan membentuk asas kefahaman Al-Quran yang sahih, kecintaan terhadap Sirah Rasulullah SAW serta akhlak mulia dalam diri para peserta sejak usia muda. Semoga usaha ini dapat menyemai kecintaan anak-anak pelajar terhadap Al-Quran, membentuk akhlak mulia dan membina jati diri muslim sejak usia muda dengan bimbingan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nasrullah bin Che Halim (Ustaz Kartun @ TV Al-Hijrah) dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Noramin bin Nordin (Guru Tahsin Al-Quran).

#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi