Alhamdulillah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada hari ini amat berbesar hati menerima kunjungan selama dua hari oleh Yang Berbahagia Dato’ Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi lawatan kerja ke Kawasan Muda (MADA). Lawatan kerja pada hari pertama dimulakan dengan penyempurnaan Konvensyen Padi MADA 2026, meninjau perkembangan terkini projek Skim Pemindahan Air Jeniang serta lawatan ke Empangan Pedu.
Lawatan kerja juga diteruskan pada hari kedua dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar berkenaan halatuju MADA dalam memartabatkan Kawasan Muda sebagai model rujukan nasional bagi pembangunan pertanian moden dan lestari. Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada strategi pelaksanaan teknologi pertanian pintar, pengurusan sumber air yang efisien, serta inisiatif pemerkasaan pesawah melalui program latihan dan pembangunan kapasiti yang berterusan. Melalui pelan strategik yang dirangka, MADA bertekad untuk memperkukuh ekosistem pertanian padi yang berdaya tahan, berimpak tinggi dan selaras dengan agenda KPKM dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Luqman bin Ahmad bukan sahaja menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja MADA dan pesawah di Kawasan Muda, malah menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasakan sektor padi dan beras ke arah pertanian moden, berdaya saing dan mampan.
#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja
