img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 12 Mei 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU MADA 2026

28, Jan 2026
Bermula lembaran tahun baharu 2026, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini telah mengadakan Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA yang disampaikan oleh Encik Zulkifli bin Romli, Pengurus Besar serta Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat awal oleh Pengurus Besar yang menekankan pentingnya kerjasama dan komitmen berterusan daripada semua pihak untuk mencapai visi dan misi MADA sebagai pemangkin utama dalam pembangunan sektor pertanian dan kesejahteraan masyarakat di Kawasan Muda dan seterusnya mengumumkan pencapaian MADA sepanjang tahun 2025 serta halatuju MADA bagi tahun 2026.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan amanat oleh Pengerusi MADA yang menyentuh perkara berkaitan kejayaan Kerajaan MADANI mentadbir negara dengan semangat reformasi iaitu Islah dan Itqan Fil Amal melalui kekuatan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta MADA. Beliau turut menyatakan pencapaian, kejayaan serta halatuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam menghadapi cabaran di tahun 2025 bagi memastikan keterjaminan makanan negara terpelihara.

Dengan sokongan padu daripada setiap anggota, Pengurus Besar dan Pengerusi percaya MADA akan terus menjadi sebuah organisasi yang inovatif dan progresif, membawa perubahan positif yang lebih besar kepada golongan pesawah dan komuniti setempat. Sementara itu, Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh turut memberi kata-kata semangat, menegaskan betapa pentingnya penerapan nilai-nilai integriti, ketelusan, dan profesionalisme dalam setiap langkah yang diambil untuk memastikan kejayaan bersama. Majlis ini bukan sahaja mencerminkan semangat baru, tetapi juga menandakan azam baru yang lebih jitu dalam merealisasikan misi dan visi MADA untuk tahun 2026 dan akan datang.

Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA 2026 diakhiri dengan Gimik Pelancaran Buku Rancangan Malaysia Ke-13 sebagai simbolik menyahut komitmen Sasaran Utama Rancangan Malaysia Ketiga Belas di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Agenda MADA Ke Arah Pembangunan Landskap Sosio-ekonomi Kawasan Muda.

#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi