BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS BERBUKA PUASA MADA 2026

05, Mar 2026
Majlis Berbuka Puasa MADA telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Konkos, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ampang Jajar yang menghimpunkan seluruh warga kerja dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan bersempena bulan suci Ramadan. Penganjuran majlis ini bukan sekadar menjadi medan berbuka puasa bersama, malah turut berperanan sebagai platform memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan nilai kebersamaan serta memupuk rasa syukur dalam kalangan warga organisasi. Majlis yang sarat dengan pengisian ini turut diserikan dengan penyampaian tazkirah Ramadan oleh Dato’ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar, Mantan Pegawai Agama Daerah Kota Setar serta penyampaian sumbangan Ramadan oleh Dato’ Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA kepada anak-anak yatim dalam kalangan keluarga kakitangan MADA serta kepada kakitangan MADA Gred 1, sebagai manifestasi keprihatinan dan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi dalam memastikan kebajikan warga kerja sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

Sesungguhnya, inisiatif seumpama ini mencerminkan budaya organisasi yang berteraskan nilai ihsan, kebersamaan dan semangat saling menyokong antara satu sama lain. Diharapkan usaha murni ini bukan sahaja mampu menyuntik kegembiraan dan kelegaan kepada para penerima, malah terus memperkukuh ikatan silaturahim serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan seluruh warga MADA, selaras dengan aspirasi untuk membina sebuah organisasi yang cemerlang, prihatin dan berdaya maju.

#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi