img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 12 Mei 2026

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR MADA KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

11, Mar 2026
Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ke Agensi Nuklear Malaysia yang diketuai oleh Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA telah berlangsung di Kajang, Selangor sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi bagi memacu kemajuan sektor pertanian negara. Kunjungan ini menjadi wadah penting untuk meneroka potensi kolaborasi yang lebih menyeluruh dalam bidang penyelidikan saintifik, pemindahan teknologi serta inovasi berimpak tinggi yang berupaya menyokong transformasi pertanian moden, khususnya dalam memperkasa pembangunan sektor padi dan agro-makanan di kawasan seliaan MADA. Melalui jalinan kerjasama strategik ini, diharapkan akan terhasil pelbagai inisiatif baharu yang mampu memperkasa aplikasi sains dan teknologi dalam pengurusan pertanian, seterusnya meningkatkan produktiviti, kecekapan serta daya saing industri padi negara. Usaha ini juga diyakini dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti pesawah dan warga peladang, sekali gus menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan serta kemakmuran sektor pertanian Malaysia secara menyeluruh. Turut sama hadir Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal) serta Encik Rozaidi Sharee (Timbalan Pengurus Besar – Pertanian).

#madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi