BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

DAY 1 - MADA @ MAHA2026 'SEGMEN REST & RELAX : RECONNECT THE NATURE, RESTORE THE SOUL'

28, Aug 2026
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bertemakan 'Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan' tampil dengan kelainan apabila Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerajui Segmen Agrotourism Rest & Relax (R&R) bertempat di Dewan D-2, MAEPS Serdang, bertemakan 'Reconnect the Nature, Restore the Soul.' Segmen ini juga telah mengangkat agropelancongan terpilih yang diusahakan oleh usahawan bimbingan Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam perspektif yang lebih luas dengan menghubungkan alam, makanan, budaya, gaya hidup dan pengalaman desa melalui pengisian menarik seperti Agrotourism Lounge, Agro Cuisine, Agro Edutainment, Agro Wellness, Agro Healing, Agro Stay dan R&R Grand Stage. MADA turut mengetengahkan teknologi dan inovasi pertanian melalui Segmen Agritech di Laman Sawah Pintar serta Pusat Info di Laman Padi, yang memperkenalkan IR4.0, IoT, automasi, analitik data dan kecerdasan buatan dalam pengurusan tanaman padi.

Encik Zulkifli Romli selaku Pengurus Besar (MADA) sewaktu ditemubual berkata bahawa pertanian perlu dilihat daripada perspektif yang lebih luas, bukan sekadar bendang, tanaman dan hasil tuaian, tetapi turut merangkumi alam, makanan, budaya, gaya hidup serta pengalaman, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa peladang dan usahawan agropelancongan sebagai pemacu penting ekosistem pertanian dan agromakanan negara. Selain itu, Tuan Wan Kharizal Wan Khazim, Pengerusi MADA, turut menyatakan bahawa pertanian bukan sekadar soal penghasilan makanan, malah merupakan pemacu ekonomi, inovasi dan masa depan negara. Justeru, MAHA 2026 menjadi platform strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memperkukuh ekosistem agromakanan yang berdaya tahan, berteraskan teknologi dan berimpak tinggi, di samping mendekatkan masyarakat dengan dunia pertanian serta menghargai jasa peladang dan usahawan sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.

Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada hari pertama bertempat di Segmen Agrotourism Rest & Relax terus memperluas dimensi sektor agromakanan negara menerusi pelancaran ‘Mapping 100 Destinasi Agropelancongan KPKM’, yang menghimpunkan 100 destinasi agropelancongan terpilih di seluruh Malaysia di bawah Jabatan dan Agensi KPKM. Inisiatif yang dilancarkan ini membuka ruang kepada masyarakat untuk menemui, mengalami, mempromosi dan menjana nilai ekonomi melalui produk serta pengalaman agropelancongan tempatan. Pendekatan ini selari dengan usaha Kementerian untuk memperkukuh ekosistem agromakanan yang lebih dinamik, berdaya tahan dan berimpak tinggi, di samping menjadikan sektor pertanian sebagai pemacu ekonomi yang menghubungkan pengeluaran makanan dengan pelancongan, pendidikan, rekreasi dan pembangunan komuniti. Ayuh sama-sama hadir, hayati keindahan agropelancongan dan saksikan bagaimana pertanian terus berkembang menjadi pengalaman yang menghubungkan manusia dengan alam.

#Segmenagrotourism #MADAXMAHA2026 #madamabeles #MADANIBekerja #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi