img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 17 Februari 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PROGRAM SENTUHAN MADANI NEGERI KEDAH OLEH MENTERI KPKM

30, Sep 2024
Bersempena Program Sentuhan Madani Negeri Kedah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, seramai 2,074 orang pesawah dan pengusaha-pengusaha pertanian di bawah KPKM Inc. Negeri Kedah yang terjejas akibat bencana banjir telah menerima sumbangan bakul makanan berupa makanan keperluan asas bertempat di Pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-III Tajar.

Sebagai langkah ke hadapan, pihak KPKM sedang melalui proses peralihan daripada Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) kepada Skim Perlindungan Takaful Agromakanan yang akan dimulakan dengan subsektor tanaman padi iaitu Skim Takaful Tanaman Padi (STTP). Skim yang diterajui oleh Agrobank ini meliputi skop perlindungan bagi kejadian bencana alam seperti kejadian banjir, kemarau, kebakaran semulajadi, kilat, petir, letupan, ribut taufan, ribut angin hujan batu, gempa bumi, letusan gunung berapi, tanah runtuh, tsunami, penyakit tanaman dan serangan makhluk perosak.

Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) menyediakan perlindungan tanaman padi yang lebih baik kepada pesawah individu yang berdaftar sehingga RM3,000 semusim per hektar (mengikut usia tanaman) dengan caruman premium berjumlah RM64.80 per hektar semusim. Bagi fasa pertama pelaksanaannya bermula Musim 2 Tahun 2024, skim ini akan dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan Kerajaan.

Turut sama hadir adalah Dato' Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA), Tuan Muhammad Faiz Dato’ Haji Fadzil (Pengerusi - LKIM), Encik Amir Matamin (Ketua Pengarah - LPP), Encik Zulkifli Romli (Timbalan Pengurus Besar Pertanian - MADA), Encik Ishak Taib (Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA), Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA, Pengarah-Pengarah Jabatan / Agensi di bawah KPKM Negeri Kedah serta Pegawai-Pegawai Kementerian, Jabatan dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi