img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 17 Februari 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS BACAAN YASIN & TAHLIL ARWAH BERSEMPENA TAHUN BAHARU 2025

01, Jan 2025
Bersempena kedatangan Tahun Baharu 2025 yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini, pihak Pengurusan Tertinggi MADA telah mengambil peluang melaksanakan satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil yang diadakan pada waktu tengah hari bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja MADA serta mendapatkan petunjuk dan keberkatan daripada Allah SWT untuk menghadapi tahun baharu serta mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan pada tahun 2024.

Di dalam majlis ini juga, Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA turut mengambil peluang menyampaikan tausiah yang bertujuan untuk menyampaikan nasihat, panduan dan inspirasi merangkumi isu-isu semasa yang relevan dengan masyarakat dan negara serta cabaran yang bakal dihadapi dalam tahun baharu, terutamanya di dalam sektor pertanian di Kawasan Muda (MADA). Selain itu, beliau turut menekankan konsep bermuhasabah, menyusun azam serta memperbaiki diri secara bersama, bagi memastikan bahawa agensi MADA ini berfungsi dengan penuh integriti, ketelusan, dan akauntabiliti yang tinggi, sekaligus memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat. Pengerusi MADA turut membacakan sepotong ayat 59 dari Surah An-Nisa sewaktu menutup ucapan dan tausiah beliau yang bermaksud, ““Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan taatilah Ulil Amri iaitu (pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

Majlis bacaan yasin dan tahlil arwah ini turut dipimpin oleh Encik Amril Azham Mohd Rozai, Pegawai Tadbir dan turut dihadiri oleh seramai 120 orang kakitangan MADA dari Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah dan Pejabat PPK. Turut sama hadir ke majlis ini adalah Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli (Pengurus Besar), Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pertanian & Teknikal), Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah serta kakitangan MADA terlibat.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi