Pada hari ini Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA telah mengadakan walkabout ke Projek Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) Kuan Buang di bawah seliaan PPK D-III Titi Haji Idris bagi melihat dengan lebih dekat status terkini pelaksanaan projek ini. Pelaksanaan Penanaman Padi Skala Besar (PPSB) adalah merupakan salah satu inisiatif MADA untuk meningkatkan produktiviti tanaman padi melalui penyatuan pengurusan tanaman padi berskala besar di mana sasaran keluasan yang ditetapkan bagi PPSB adalah seluas 10,000 hektar menjelang tahun 2025. Projek PPSB Kuan Buang ini mempunyai keluasan tanaman seluas 99.573 hektar dengan bilangan peserta berjumlah 85 orang. Ianya menggunakan model entiti pengurusan sebagi model utama pembangunan PPSB di projek ini melibatkan penglibatan tiga (3) pihak iaitu PPK D-III, Pemilik Tanah dan Felcra Niaga Sdn Bhd
Melalui pelaksanaan projek ini, aktiviti penanaman padi yang sebelum ini dilaksanakan secara individu telah disatukan dan diuruskan secara berpusat. Program ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Zairizal Zainon selaku Pengurus Wilayah III MADA Pendang dan seterusnya acara gimik program disempurnakan dengan aktiviti pembajaan padi oleh Pengerusi MADA menggunakan dron pertanian. Pengerusi MADA juga di bawa melawat keseluruhan kawasan projek bagi melihat dengan lebih dekat situasi semasa aktiviti yang dilaksanakan.
Turut sama hadir mengiringi Pengerusi MADA ke program walkabout ini adalah Tuan Haji Kamarudin Dahuli (Pengurus Besar MADA), Encik Zulkifli Romli (Timbalan Pengurus Besar - Pertanian), Pengarah-Pengarah Bahagian dan kakitangan MADA serta kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
BERITA LAIN