Pihak MADA berbesar hati menerima Lawatan Kerja Ketua Pengarah CGSO Malaysia dan delegasi ke Empangan Pedu bagi mengukuhkan hubungan stategik antara Jabatan dan Agensi yang terlibat di dalam sistem pengurusan keselamatan empangan-empangan di MADA. Lawatan kerja dimulakan dengan lawatan tapak outlet pelepasan air empangan Pedu, disusuli dengan lawatan akses galeri, sesi taklimat berkaitan empangan dan diakhiri siri jelajah menaiki bot menelusuri kawasan tadahan tasik Pedu.
Lawatan kerja ini terdiri dari Yang Berbahagia Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi (Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia - CGSO), Yang Berbahagia Panglima Brigedier Jeneral Mohd Fouzi Sulaiman (Panglima 6 Briged, Markas Briged Keenam Infantri Malaysia), Tuan Anuar Seran (Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Kedah (CGSO) serta mewakili pihak pengurusan tertinggi MADA iaitu Tuan Insinyur Eddi Zaimee Romli (Pengarah Bahagian Pengurusan Empangan & Sumber Air MADA) bersama pegawai terlibat.
BERITA LAIN