Dalam menyahut objektif pelaksanaan program Expo Padi yang dianjurkan ini, Pengerusi MADA amat mengharapkan agar pihak Advancia serta MADACorp dapat meneruskan kerjasama erat antara Sektor Swasta dan Kerajaan bagi mensejahterakan industri padi seterusnya mengangkat darjat dan martabat khususnya peladang-peladang di Kawasan Muda dan di negeri Kedah secara amnya. Selain itu, penganjuran expo sebegini mampu untuk mempromosikan sektor agromakanan dan industri asas tani dengan mengketengahkan kepelbagaian produk, penggunaan teknologi terkini serta pelbagai inisiatif yang diambil oleh Jabatan / Agensi Kerajaan dan swasta dalam memajukan sektor pertanian negara. Katanya lagi, bermula pada tahun 2024, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri akan menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara yang digelarkan sebagai Gelombang Padi.
Gelombang Padi ini merupakan satu game-changer yang akan mentransformasi industri padi dan beras negara. Kita mengharapkan agar seluruh inisiatif ini akan mengangkat industri padi dan beras negara ke suatu tahap yang lebih cekap dan berdaya tahan, seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan. Pihak MADA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Advansia Sdn Bhd dan MADA Coporation kerana sudi menjemput Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA hadir menyempurnakan perasmian Expo Padi 2024.
BERITA LAIN